Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) telah sepakat melantik Saudara Muhammad Hakimi Bin Abdul Hamid sebagai Presiden S.U.A.R.A yang baru untuk sesi 2017 dan Saudari Fatin Nadzira Binti Mahadzir sebagai Timbalan Presiden S.U.A.R.A sesi 2017 bagi meneruskan legasi kepimpinan S.U.A.R.A.
Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Saudara Muhammad Salman Bin Amirruddin, Presiden S.U.A.R.A 2016 semasa program Seminar Politik Islam Siri 2 pada 29/1/2017(Ahad) lalu.
Selain itu, penyerahan watikah perlantikan Presiden S.U.A.R.A sesi 2017 telah disempurnakan oleh YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ahli Parlimen Temerloh sejurus pengumuman dibuat.
Pihak S.U.A.R.A mengucapkan sekalung tahniah di atas lantikan tersebut dan berharap dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya. “Sungguh, Allah telah menyuruh kamu menyampaikan AMANAH kepada yang berhak menerimanya.” (Surah An-Nisa’:58)
Pihak S.U.A.R.A juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa S.U.A.R.A di atas khidmat yang telah dicurahkan selama ini.
Semoga Allah S.W.T terus memelihara legasi Gerakan Suara Rakyat S.U.A.R.A di bumi Mesir.
BERANI & BENAR
Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A)