[MINDA S.U.A.R.A] HEDONISME: IDEOLOGI YANG MENULAR DI PENTAS KEHANCURAN

Kemunculan pelbagai ideologi dan anutan bukanlah satu perkara yang kebetulan. Manusia semakin haus mencari arah jalan untuk berpaut lalu bersandar pada sistem yang rapuh. Hedonisme juga bukanlah perkara baru yang menunjang di tengah masyarakat modenisasi pada hari ini. Gaya hidupnya disuntik halus sekian lama musuh Islam demi merealisasikan kepuasan hidup sementara.

Hedonisme merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia. Hedonisme diambil dari bahasa Yunani dari akar kata, hedone yang bermakna kesenangan. Apabila dikaitkan dengan isme yang mengaitkan gaya hidup seseorang, ini sekaligus membawa makna wujud aliran pemikiran dan golongan yang mendokong ideologi hedonisme.

GEJALA HEDONISME:PUNCA DAN PENYEBARAN HEDONISME MODEN

Kemunculan awal hedonism dikenalpasti pada awal sejarah zaman ahli falsafah Yunani yang menyebarkan pemikiran melalui ahli-ahli falsafahnya yang terkemuka. Tidak keterlaluan jika dinilai semula, ahli falsafah seperti mereka mempunyai agenda peribadi berganda menundukkan manusia di bawah mereka.

Apabila ditanya, apakah tujuan akhir kehidupan manusia, golongan ini menjawab adalah kesenangan yang ditafsirkan dengan pelbagai makna antaranya kenikmatan dan terbebasnya jiwa dari keresahan seperti yang dinyatakan Epikuros dan Aristippos serta yang lain. Ini bertentangan dengan Islam,kerana tujuan akhir kehidupan manusia yang sebenar adalah akhirat dan menuju redha Allah.

Allah berfirman:

“Katakanlah (Muhammad), sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku dan matiku adalah kerana Allah.Tuhan seluruh alam” [Surah Al-An’am:162]

Zaman millennium dewasa ini menyaksikan kedahsyatan dan kehancuran yang menular dari atas ke bawah tidak mengira golongan. Golongan pemuda adalah sasaran yang mudah terjebak. Mereka mudah menerima sebarang pengaruh dan trend semasa tanpa mengira baik buruknya terlebih dahulu. Di akhir zaman ini, keseronokan dan penyakit cintakan hiburan semakin membejat di negara-negara umat Islam khususnya remaja yang meningkat naik.

Musuh Islam tidak akan pernah berhenti menyebarluaskan ideologi ciptaan mereka untuk menghakis segala jati diri suci umat Islam. Mereka akan membawa segenap peluru ideologi untuk disasarkan kepada semua jenis sasaran. Apatah lagi, Rand Corporation telah membahagikan umat Islam kepada 4 golongan iaitu Sekularis, Modernis, Tradisional dan Fundamental untuk memudahkan tindakan dan modus mereka.

IDEOLOGI BARAT VS GERAKAN ISLAM

Lazimi jamaah bukanlah retorik. Ini kerana tidak mungkin perancangan musuh Islam yang batil tidak melalui proses organisasi yang matang untuk menghancurkan umat Islam. Oleh itu,Islam juga bersifat menyatukan dan mewajibkan kesatuan demi mencapai matlamat redha Allah.

Dakwah Islam yang bersifat universal mempunyai rantaian di seluruh dunia. Ukhuwah yang bertaut atas dasar akidah lebih bersifat kekal. Kewajipan melaksanakan perintah Allah mestilah digembleng bersama untuk menuju mardathillah. Selagi ummah ini berpecah dan tidak bersatu dalam satu saf yang lurus, punahlah harapan demi melihat ummat ini bersatu.

Allah berfirman:

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu(Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka.Katakanlah “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”.Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu(kebenaran) sampai kepadamu,tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah”[Surah Al-Baqarah:120]

Di sini jelas Allah menyatakan perancangan musuh Islam dan agenda mereka demi menghancurkan Islam. Maka kembali kepada kebenaran dan ikuti jalan orang yang membawa panji kebenaran dan tidak lain adalah dengan menyertai golongan yang membawa perjuangan Islam.

ISU TERKAIT: PERANAN KITA MELAKSANAKAN “AMAR MAKRUF,NAHI MUNKAR”

Di Malaysia, konsert Selena Gomez yang dijadualkan bakal dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam mendapat pelbagai respon dan tentangan dari pelbagai pihak. Isu yang melibatkan sensitiviti umat Islam ini bukanlah kali pertama berlaku. Sebelum ini, pelbagai konsert dari artis Barat yang membawa imej merosakkan pemikiran umat Islam pernah mencetus kontroversi seperti Adam Lambert dan selainnya  apabila tiada pencegahan secara total dari pihak berwajib dan dibiarkan sewenangnya.

Namun begitu,aliran kesedaran umat Islam sentiasa wujud dan digerakkan oleh golongan yang sentiasa mempercayai konsep “Amar Makruf Nahi Munkar” adalah penyelesaian kepada penyakit ummat yang semakin membarah ini.Maksiat tidak boleh dibiarkan dan pencegahan adalah jalannya.

Alhamdulillah, Gerakan Suara Rakyat(S.U.A.R.A) melihat peranan yang digerakkan oleh pihak yang cakna dengan situasi ummat ini telah memberikan satu contoh teladan yang terbaik untuk masyarakat awam khususnya yang bergelar muslim. S.U.A.R.A juga mengucapkan tahniah atas beberapa serahan memorandum bantahan konsert Selena Gomez yang dilakukan baru-baru ini. Kita bersama-sama rasa bertanggungjawab atas ikatan satu aqidah demi menyelamatkan generasi harapan ummah akan datang.

Malah selaku muslim, S.U.A.R.A semestinya membantah segala agenda merosakkan jatidiri umat Islam dengan ideologi sesat dan maksiat serta sekali lagi menyeru semua pihak terutama mahasiswa untuk turut menyatakan bantahan atas tanggunggjawab menyuruh kearah kebaikan, mencegah kemungkaran.

Ini bertepatan dengan firman Allah:

“Kamu umat Islam adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar,dan beriman kepada Allah.”[Surah Al-Imran:110]

Semoga Allah menilai usaha kecil kita dan melipatgandakan ganjaran bagi yang ikhlas melakukan amal kebajikan.Allah adalah sebaik-baik tempat kembali dan bersandar.

 

BERANI  & BENAR

Unit Penerangan Dan Media S.U.A.R.A 2016

hedonism

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, MINDA S.U.A.R.A, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s