MEMAKNAKAN ERTI AIDILFITRI YANG SEBENAR

MUQADDIMAH

Bulan Ramadan telah melabuhkan tirainya menjentik beribu perasaan kepada yang bergelar mukmin,khususnya bagi yang mengharapkan keampunan dan keredhaan mutlak dari Allah swt. Natijah Ramadan bakal dilihat selepas ini adakah muhasabah Ramadan kita bakal menghasilkan jauharah taqwa yang diharapkan ataupun sebaliknya.

Maka Hari Raya Aidilfitri adalah kesinambungan erti taqwa yang bersinar dalam diri seorang mukmin hasil tarbiah Ramadan yang dilalui. Apakah makna Aidilfitri? Apabila diterjemahkan, Aidilfitri membiaskan maksud kembali kepada fitrah dan merangkum makna yang lebih luas.

AIDILFITRI ADALAH KEGEMBIRAAN UNTUK ORANG MUKMIN

Allah menghadiahkan Hari Raya Aidilfitri khas kepada hambanya yang menjalani ibadah Ramadhan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Maka dengan itu,amalan di Aidilfiti juga hendaklah menggambarkan hakikat si mukmin. Bermula dengan amalan takbir dan tahmid di malam raya, menunaikan solat sunat hari raya, saling bermaafan antara kaum keluarga dan sahabat-handai serta saling mengeratkan tali ukhuwah sesama saudara seaqidah.

Namun begitu, hakikat Aidilfitri semakin ternoda akibat kefahaman yang salah mengenai sambutan Aidilfitri. Masyarakat secara umumnya terpengaruh dengan cara sambutan Aidilfitri yang jauh dari roh Islam yang sebenar. Sambutan yang bercampur aduk maksiat dan kelalaian dari mengingati Allah dengan hiburan melampau seolah-olah tidak membekas tarbiah Ramadan.

Maka peranan menjernihkan semula tujuan asal kita menyambut Aidilfitri hendaklah dilaksanakan dengan memperbaiki kefahaman di setiap institusi masyarakat. Berikan kefahaman dengan baik agar mereka memahami tuntutan Islam yang syumul.

AIDILFITRI MEMUPUK NILAI KEMANUSIAAN DAN UKHUWWAH

Hakikat Aidilfitri juga patut direnungkan dari sudut yang lebih luas. Kegembiraan menyambut Aidilfitri bukan hanya diraikan bersama, malah agama yang merentas sempadan geografi ini mengajar kita erti kemanusiaan yang tinggi.

Baru-baru ini,kita digemparkan dengan serangan dan siri pengeboman yang berlaku di Arab Saudi dan Turki di bulan Ramadan malah sebelum itu di Ankara. Perhatian dunia dan liputan media massa sudah dijangka. Sikap ‘double standard’ dan berat sebelah mencarik rasa kebersamaan kita akibat liputan yang kurang meluas. Lain pula sikap mereka apabila berlaku isu di Paris dan Brussels misalnya.

Ketahuilah,saudara seagama kita benar-benar mengharapkan doa kita kerana bertunjangkan satu aqidah. Kita lihat apa yang berlalu di negara-negara umat Islam yang menuntut kebersamaan kita membantu mereka. Jika bukan kita sebagai saudaranya, siapakah lagi yang boleh membantu?

Cakna isu semasa adalah senjata orang mukmin dalam menghadapi segala bentuk mehnah dan tribulasi. Tidaklah orang mukmin itu melupakan saudaranya ataupun dilupakan saudaranya. Ini kerana, hakikat ummat Muhammad itu umat yang bersatu padu kerana nikmat iman dan islam.

Sabda Rasulullah saw:
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
“Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri”

Konklusinya, Aidilfitri membawa erti dan makna yang sangat meluas dalam diri seorang mukmin. Hari Raya Aidilfitri bukanlah difahami dari sudut kegembiraan dan secara zahirnya sahaja, namun membawa erti kebersamaan dan kejituan aqidah yang terpasak hasil asuhan Ramadan. Semoga nilai taqwa menyerap langkah sebenar kita selaku mukmin sejati.

Pada kesempatan ini juga, Gerakan Suara Rakyat(S.U.A.R.A) ingin mengucapkan kepada seluruh umat Islam:
“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”

Berani & Benar
Unit Penerangan dan Media S.U.A.R.A 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Hari Kebesaran Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s