SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1437H/2016M

RAMADHAN DAN KEGEMILANGAN ISLAM

Pemimpin Agung, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

لا هجرة بعد الفتح ولكن جهاد ونية وإذا استنفرتم فانفروا

Bermaksud : Tidak ada hijrah (dari Kota Mekah) setelah penaklukan(nya), kecuali jihad dan niat, dan jika kalian diminta untuk pergi berjihad maka pergilah.

Maka tidak dapat dinafikan, berdasarkan makna umum hadis berkenaan menunjukkan kewajipan berjihad di jalan Allah SWT. Namun, disebabkan kejatuhan empayar Islam 1924 serta perubahan zaman, jihad kita pada hari ini bukanlah semestinya mengangkat senjata, bahkan realiti memerlukan umat Islam yang sentiasa bijak dalam tindakan, berstrategi serta berjiwa besar dalam membawa pendekatan Islam yang rahmat, menempuh pelbagai ujian dunia dan perancangan musuh Islam, di samping tidak mengambil mudah akan aspek kerohanian dan mendekatkan diri kepada Allah.

Sejarah yang dinukilkan sejak zaman Rasulullah SAW telah menyebutkan bahawa betapa banyak sejarah pembukaan Islam yang berlangsung sekitar bulan Ramadhan seperti Pembukaan Kota Mekah, Perang Badar, Pembebasan Kota Andalusia, Kekalahan Tentera Mongol dan lain- lain lagi. Hal ini menunjukkan bahawa ibadah puasa merupakan satu perangsang yang sangat hebat bukan sahaja kepada rohani, bahkan jasmani seseorang. Kemuliaan bulan Ramadhan sebagai penghulu segala bulan ini menjadikan tentera- tentera Allah sangat bersemangat untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Adalah menjadi suatu perkara yang sangat menggembirakan kepada umat Islam seluruhnya sehingga tidak mampu dilafazkan dengan kata- kata, apabila pihak kerajaan Malaysia telah menaikkan usul RUU yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang untuk dibentangkan di sidang Dewan Rakyat yang lalu.

Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) merakamkan setinggi- tinggi tahniah kepada Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia,Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, atas kejayaan dan jasa beliau.

Peristiwa ini merupakan kejayaan dakwah Islam serta menjadi titik tolak kepada pengaplikasian gaya hidup Islam yang indah dan lebih menyeluruh. Pastinya ia bakal terpahat dalam sejarah Malaysia dan akan menjadi sebutan generasi Islam akan datang.

Di kesempatan ini juga, pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga ibadah puasa menjadikan kita umat Islam yang lebih baik serta mendapat keredhaan Allah SWT.

كل عام وأنتم بخير

BERANI & BENAR

GERAKAN SUARA RAKYAT(S.U.A.R.A) 2016

WhatsApp-Image-20160606

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s