[MINDA S.U.A.R.A] RUU Pindaan Akta 355: Kearah Pemerkasaan Sistem Perundangan Islam

Alhamdulillah, Gerakan Suara Rakyat(S.U.A.R.A) melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan RUU Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan)2016 yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berjaya dibentang serta diterima untuk dibahas dalam Dewan Rakyat semalam.

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada ahli parlimen daripada kerajaan dan pembangkang yang majoritinya bersetuju usul tersebut untuk dibahaskan pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang akan datang. SUARA sentiasa menyokong usaha-usaha untuk mengangkat undang-undang Islam demi kepentingan ummah.

Cita-cita kita semua

Melihat nilai-nilai Islam dan hukum-hakamnya terlaksana adalah cita-cita murni seluruh umat Islam dalam negara kita. Usaha ini adalah usaha yang konkrit dalam menjaga maslahat umat Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya.

Meyakini hanya Islam sahaja sistem hidup yang adil dan saksama, Allah mengingatkan manusia dengan firmanNya:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya: “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi” (Ali Imran: 85).

Bahkan Allah perintahkan kepada hambaNya untuk berhukum selari dengan suruhanNya:

Firman Allah Azza Wa Jalla yang bermaksud:
“Dan Kami telah menurunkan kitab (Al Qur’an) kepadamu (Muhammad) dengan membawa kebenaran, yang membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan menjaganya, maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti keinginan mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.”(Al-Maidah: 48).

Langkah-langkah yang bijaksana dan penuh hikmah

Pendekatan secara berperingkat dalam memastikan undang-undang Islam ini terlaksana adalah tindakan yang bijaksana dan selari dengan tuntutan syara’ malah semangat demokrasi itu sendiri.

Selain itu, memberi kefahaman serta berhujah dalam mencari kebenaran merupakan aspek yang tidak boleh ditinggalkan.
Kaedah fiqh ada menyebut:

ما لا يدرك كله لا يترك جله

Maksudnya:
“Perkara yang tidak dapat melakukan semua, maka jangan tinggalkan semuanya”.

Justeru, mahasiswa sebagai golongan yang berilmu mestilah memberi kefahaman tentang keindahan undang-undang Islam kepada masyarakat umum secara meluas dan efektif bagi merungkai kekeliruan dan salah faham yang berlaku.

SUARA menggesa semua pihak tidak mempolemikkan perkara ini malah perlu berhadapan sebarang kekeliruan yang berlaku dengan perbahasan yang harmoni serta hujah yang benar.

Semoga usaha ini diberkati oleh Allah SWT sekaligus memperkasakan sistem perundangan Islam bagi mencapai “Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur”.

“Berani & Benar”

Muhammad Salman Bin Amirruddin
Presiden,
Gerakan Suara Rakyat(S.U.A.R.A) 2016

WhatsApp-Image-20160527 (1)

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in MINDA S.U.A.R.A. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s