[MINDA S.U.A.R.A] 9 APRIL 2016- SOLIDARITI BUAT PEJUANG BAHASA

1) Gerakan Suara Rakyat(S.U.A.R.A) turut menyatakan solidariti kebersamaan kami kepada pejuang-pejuang bahasa dalam membantah Dual Language Programme (DLP) esok, 9 April 2016 di ibu negara. DLP adalah sebuah program pembelajaran Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dwibahasa yang diluluskan oleh kerajaan dalam pembentangan Bajet Kewangan 2016 tahun lalu.

2) DLP adalah jelmaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) yang telah dibatalkan pelaksanaannya pada tahun 2009 setelah gagal apabila dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun sebelumnya.

3) Walaupun sedikit berbeza dengan PPSMI, namun ia tetap memberi beberapa kesan negatif kepada fungsi Bahasa Melayu itu sendiri disamping kesan kepada prestasi pembelajaran pelajar-pelajar di negara kita.

4) Selain ianya bertentangan dengan semangat memartabatkan Bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152 dan Akta Pendidikan 1996, kesan lain juga ialah mewujudkan jurang pendidikan antara sekolah elit dengan sekolah-sekolah di pinggir bandar hasil metod yang digunakan iaitu hanya terlaksana di sekolah-sekolah terpilih/rintis pada fasa awal pelaksananaanya.

5) Kerisauan serta bantahan pencinta bahasa dan pejuang isu pendidikan di negara kita seharusnya mahasiswa mengambil tahu akan perkara ini dengan membuat kajian lebih mendalam akan isu ini, mendapatkan maklumat yang lebih jelas kenapa hal ini dibantah dan tidak disokong, kenapa kerajaan mengambil keputusan melaksanakannya? Adakah wujud kebaikan kepada sistem pendidikan dan bahasa?

6) Justeru, celik isu dan cakna terhadap perkara yang berlaku di dalam negara kita merupakan tanggungjawab bersama tambahan pula sebagai mahasiswa yang punya pengetahuan dan tanggungjawab yang besar dalam mencurah bakti kepada negara kelak.

Berani & Benar

Muhammad Salman Bin Amirruddin

Presiden,

Gerakan Suara Rakyat(S.U.A.R.A) 2016.

12953309_1245285842167781_355065130_o

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Kenyataan Rasmi, MINDA S.U.A.R.A. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s