Sembang santai bersama Ulama’

KAHERAH, 18 Februari 2015 – Pada 13 Februari 2015 bersamaan hari Sabtu,Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) telah berjaya menganjurkan satu program Sembang Santai bersama Ulama : “Islam Memimpin Perubahan” bertempat di Masjid Tantawi,Hayyu Sabi’,Kaherah.

Majlis dimulakan dengan kalam pembukaan oleh pengacara majlis. Seterusnya,acara yang dinanti-nantikan iaitu ceramah yang disampaikan oleh 3 orang penceramah dimulai dengan Ustaz Khirul Muntanazar Bin Ismail,Pengerusi Lajnah Pengkaderan Ulama Pelapis (DUPP),YB Ustaz Abdullah Bin Husin,Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor.Kemudian ceramah terakhir telah disampaikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Mahfodz Bin Mohamed,Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sekaligus melancarkan kutipan derma untuk Dana S.U.A.R.A dan PRN Sarawak.

received_1060787370653332

Barisan penceramah mengingatkan bahawa tuntutan orang yang mempelajari agama agar belajar bersungguh-sungguh dan membantu perjuangan Islam di Malaysia kelak.

Sejurus selesai sesi soal jawab,Tuan Guru Dato’ Dr Mahfodz Bin Mohamed dijemput untuk menyempurnakan gimik pelancaran kempen “Jom Daftar Pemilih”.Sepanjang program berlangsung,kaunter semakan daftar pemilih telah dibuka kepada mahasiswa/wi yang hadir serta pendaftaran bagi mereka yang belum mendaftar untuk PRU 14 yang akan datang.

Kempen “Jom Daftar Pemilih” telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan mahasiswa/wi Mesir menunjukkan kesedaran golongan muda tentang hak mengundi dan tanggungjawab untuk tanah air yang tercinta Malaysia.

Dengan berakhirnya program ini,pihak S.U.A.R.A mengharapkan agar rakyat Malaysia yang hadir dapat mengambil manfaat daripada kehadiran ulama ini ke Perlembahan Nil.Kehadiran yang sangat memberangsangkan ini menyimpulkan bahawa masyarakat sangat hampir dengan golongan agamawan.Semoga dengan anjuran program ini,meningkatkan jati diri kita selaku penuntut ilmu agama Allah Taala.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s