[TPPA Merugikan Umat Islam]

[TPPA Merugikan Umat Islam]
Oleh: Mohd Zahani Abdul Ghani
Graduan Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Al Azhar, Kaherah

Secara umumnya kita ketahui bahawa TPPA merupakan suatu yang memberi impak buruk yang besar kepada Malaysia. Keterikatan ini sangat membimbangkan untuk generasi Melayu Islam hari yang semakin hari semakin rapuh dengan pegangan akidah dan keimanan.

Apabila Islam datang di semenanjung tanah arab, salah satunya adalah membebaskan jahiliyah yang ada pada minda dan kehidupan masyarakat dari belenggu dakyah kesyirikan.

12592559_736344533164318_4392933876352039499_n

Namun, hari ini apabila meneliti banyak kesangsian TPPA sejak diumumkan, ditambah bantahan daripada ahli Parlimen menyebabkan secara legal, Islam semakin terhimpit dengan geopolitik antarabangsa. Malaysia menjadi batu catur kepada kuasa Amerika.

Islam bermatlamat untuk menyeru umatnya memperhambakan diri kepada Allah dan meninggalkan toghut iaitu golongan yang melampaui batasan Allah sama ada berupa manusia atau syaitan.

Kata-Kata RuBai’e Bin Amir pada Rustam (Parsi) ialah contoh manusia yang merdeka walaupun berhadapan dengan kuasa manusia yang digeruni. Jawapan hamba yang merdeka kepada manusia yang berkuasa,

“ Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan
manusia dari menjadi hamba kepada hamba kepada menjadi hamba kepada Allah yang maha esa lagi Maha Perkasa.Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas.Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutuskan dengan agama Allah kepada makhlukNya untuk menyeru mereka kepada Allah.Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka ditanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut
seruan Allah…”

Tidakkah kita ingat bahawa islam ini datang untuk membebaskan manusia, tetapi apabila ditandatangani TPPA menyebabkan nilai-nilai Islam tercabut sehari demi sehari. Bahkan dakyah liberalisasi Islam semakin berkembang biak bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Maka, tindakan dan kebijaksanaan yang ditempuh oleh pemimpin atau pemerintah haruslah sejalan dengan kepentingan umum bukan untuk kepentingan politik semata-mata atau untuk habuan diri sendiri.

Kaedah fiqhiyah menyebutkan bahawa:

تَصَرُّفُ الْأِمَاِم عَلَى الرَّاعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

“Tindakan imam (pemimpin/pemerintah) terhadap rakyatnya harus dikaitkan dengan kemaslahatan.”

Jika diikutkan banyak lagi aspek penyelewengan agama akan berlaku selain Islam liberal seperti murtad, kes jenayah, kehidupan bersosial dan lain-lain lagi. Jangan kita memandang sebelah mata sahaja TPPA ini, kelak kita juga yang merana lebih-lebih lagi faktor ekonomi merundum mutakhir ini.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Mahasiswa Bantah TPPA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s