Mahasiswa Malaysia di Mesir bantah TPPA

Kaherah,24 Januari 2016—Segala puji-pujian kehadrat Ilahi kerana Gerakan Suara Rakyat(S.U.A.R.A) telah berjaya menganjurkan penjelajahan siri penerangan isu semasa iaitu TPPA. Roadshow ini dinamakan Pidato Mahasiswa Bantah TPPA telah dilaksanakan di tiga zon iaitu:-

-Zon Sabik pada 22/1/2016,Jumaat di Dewan Soleh Al-Masri,Rumah Pulau Pinang ,Kaherah.

-Zon Shoubra pada 21/1/2016, di Padang Futsal Dauran Shoubra.

-Zon Tanta pada 23/1/2016,Sabtu di Padang Futsal Kapten Ali, Karsit.

Kehadiran dari kalangan mahasiswa mendapat sambutan hangat meskipun dalam musim peperiksaan menunjukkan mahasiswa tidak bersetuju dengan Trans-Pacific Partnership Agreement(TPPA). Pidato yang telah diadakan ini menggambarkan kecaknaan dan keprihatinan mahasiswa Malaysia yang berada di Mesir.

Pidato mahasiswa di Zon Sabi’ menampilkan dua pemidato iaitu Doktor Aimi Syahirah dan Presiden S.U.A.R.A, Muhammad Salman Amiruddin , Zon Shoubra menampilkan Dr Mohamad AlFatani Bin Abdullah dan zon Tanta menampilkan Us Fadzil Rahim.

Antara isu yang dikupas ialah keburukan TPPA dari sudut perubatan,social dan ekonomi serta kesan negatif jika Malaysia bersetuju dengan perjanjian TPPA ini. Di samping itu, pemidato juga menekankan peranan mahasiswa dalam memenangi isu semasa di Malaysia.

S.U.A.R.A mengharapkan para hadirin mampu mengambil manfaat dan berperanan dalam membangun Malaysia yang tercinta serta memberi sokongan kepada aktivit-aktiviti S.U.A.R.A selepas daripada ini.

Justeru itu, pihak S.U.A.R.A ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang program berlangsung serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang beri kerjasama yang baik sama ada secara langsung atau tidak langsung. Berani & Benar

 

10365848_737638136368291_5073869663978195640_n 10173737_737638019701636_383576990986277475_n

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita, Mahasiswa Bantah TPPA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s