[KENYATAAN RASMI] SEMUA PERTUBUHAN MAHASISWA DISERU BANTAH TPPA

[Semua Pertubuhan
Mahasiswa Diseru Bantah TPPA]

Assalammualaikum wbt,

1) Gerakan Suara Rakyat(S.U.A.R.A) menggesa seluruh warga Malaysia terutama pertubuhan-pertubuhan mahasiswa Malaysia di Perlembahan Nil bersama-sama S.U.A.R.A bagi menyatakan bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPPA) yang bakal dimeterai setelah perkara ini berlegar sekitar 4 tahun yang lalu lagi.

2) S.U.A.R.A komited dan konsisten untuk menjadi medium warga Malaysia di Mesir menyatakan pendirian dan bantahan mereka terhadap TPPA dengan pelbagai cara dan kaedah yang ada tanpa melanggar undang-undang Republik Arab Mesir.

3) Perlu disedari, mahasiswa adalah salah satu komponen masyarakat yang membentuk masa depan negara, jangan kesilapan atau tindakan kita dalam menyokong perjanjian yang bahaya ini merugikan negara di masa akan datang.

4) Aspek pembangunan modal insan harus diberi perhatian oleh mahasiswa kerana peranan mereka dalam negara kelak begitu besar dan mencabar, maka membina kesedaran dan celik isu semasa adalah perkara utama dalam memastikan mahasiswa berfikiran matang, berpengetahuan serta profesional sekaligus menjadi ejen yang mengubah masyarakat kepada kebaikan kelak.

FB_IMG_1453245806727

5) Walaupun kita maklum sebahagian besar mahasiswa sekarang berada di dalam fatrah imtihan, semoga Allah Azza Wa Jalla memberi kejayaan kepada kita semua tetapi kita juga berharap sokongan dari kalian untuk menyatakan bantahan ini.

6) Akhir sekali, nyatakan pendirian anda dengan membuat undian di link berikut:

https://suaraonline.wordpress.com/2016/01/16/apakah-pendirian-anda-terhadap-perjanjian-perkongsian-trans-pasifik-tppa/

Berani & Benar

Akhukum fil Islam,
Muhammad Salman Bin Amirruddin
Presiden
Gerakan Suara Rakyat(S.U.A.R.A) 2016

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Kenyataan Rasmi, Mahasiswa Bantah TPPA. Bookmark the permalink.

One Response to [KENYATAAN RASMI] SEMUA PERTUBUHAN MAHASISWA DISERU BANTAH TPPA

  1. SyafiqNyiur says:

    2. Ia adalah suatu tanggungjawab yang tersangat penting yang mesti ditunaikan oleh setiap rakyat demi menyelamatkan negara daripada sebarang bentuk ancaman kesan daripada perjanjian tersebut.

    3. Sikap Kerajaan yang bias dalam mengemukakan kesan-kesan TPPA ditambah pula dengan penggunaan seluruh jentera Kerajaan untuk menjaja kebaikan TPPA kononnya, adalah membelakangkan kenyataan untuk memulangkan hak menentukan status perjanjian ini kepada rakyat.

    4. Sekiranya Kerajaan jujur, sepatutnya kajian yang lebih menyeluruh dan terperinci yang turut menyatakan kesan-kesan negatif daripada perjanjian ini secara jelas juga mesti diterima dan dimasukkan dalam laporan Kerajaan mengenai TPPA. Sebaliknya, Kerajaan hanya dilihat berani menjaja kebaikan TPPA dan kesan buruk jika tidak menyertainya.

    5. Usaha membawa TPPA ke parlimen untuk kelulusan melalui sidang khas penghujung Januari ini juga dilihat sebagai tergesa-gesa dalam keadaan dokumen berkenaan perjanjian tersebut baru sahaja terdedah kepada awam tidak sampai dua bulan dan pungutan suara awam juga tidak dibuat sedangkan rakyat berhak dan bertanggungjawab menentukan nasib masa depan negara ini disamping ahli-ahli parlimen.

    6. Apatah lagi dalam realiti di parlimen sekarang ini suara undi majoriti ahli parlimen Kerajaan tentu sahaja dapat mengalahkan undi pembangkang lantas menjadikan parlimen sekadar ‘rubber stamp’ kepada kehendak Kerajaan.

    7. Ini memperlihatkan terdapat sesuatu yang sulit yang Kerajaan tidak dedahkan kepada rakyat hasil daripada rundingan yang telah dibuat secara sulit. Rakyat mesti bertindak menasihati, menegur dan memberi amaran kepada Kerajaan; dan Himpunan Aman Bantah TPPA ini adalah platform yang terbaik buat rakyat.

    Ayuh kita bersolidariti #BantahTPPA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s