[Mahasiswa dan Kesedaran]

[Mahasiswa dan Kesedaran]                     Oleh: Saudara Muhammad Aliffudin Ramlee
( Kuliah Usuluddin Dan Dakwah , Universiti Al Azhar Mansurah. )
Mahasiswa mempunyai makna , maksud dan peranan yang lebih luas dari apa yang boleh kita simpulkan dan takrifkan.

Secara mudahnya , perkataan MAHASISWA terdiri dari dua suku kata iaitu MAHA yang membawa maksud besar dan berkuasa dan SISWA yang merujuk pada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi.

Hasil dari kedua-dua suku kata ini memberi makna yang lebih tinggi iaitu satu ‘bangsa’ yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan belajar di institusi peringkat tinggi, tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berteraskan kapasiti intelektual yang dimiliki oleh mereka.

Dr. Zuhdi bin Marzuki (Univ.Malaya, 2001) mendifinisikan mahasiswa sebagai suatu kelompok pelajar yang yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara.

Penggemblingan tenaga kelompok ini berteraskan daya keintelektualan yang bersifat idealis untuk mencapai matlamat yang digagaskan bersama, selaras dengan kedudukan mereka di menara puncak ilmu.

FB_IMG_1453069999753.jpg

Natijahnya, lahir suatu arus gerakan yang senantiasa bersama dengan kebenaran (al-Haq) dan sama sekali tidak bersekongkol dengan kebatilan hatta kelompok mereka ini dikenali sebagai independence group. (Ruj. : https://promahasiswausm.wordpress.com/2008/09/18/apa-itu-mahasiswa/)

Alhamdulillah , dinegara kita kesedaran mahasiswa bagi menegakkan kebenaran belum lagi terpadam. Walaupun arus itu kian lama kian perlahan namun ia masih lagi wujud. Dalam tempoh mutakhir ini dengan pelbagai isu dan konflik yang berlaku dinegara kita amat memerlukan kecaknaan dan kepedulian yang tinggi bagi melibatkan pemerhatian kita didalam sesuatu isu.

Negara kita kini tidak pernah sunyi dari sebarang isu , konflik , skandal dan sebagainya. Terkini TPPA bakal menjadi igauan dan mimpi buruk pada rakyat. Satu bentuk penjajahan baru dan terancang yang bakal merobek dan menggadai maruah dan kedaulatan negara.

Isu ini kian hari dibahaskan , diperdebatkan dan didedahkan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya dari peringkat pertengahan. Maka sewajarnya kita selaku mahasiswa mendalami dan mengambil tahu isu ini dan sama-sama memikirkan masa hadapan negara yang tercinta ini.

Kerisauan ini perlu kita zahirkan. Kita tidak mahu sejarah Perjanjian Pangkor 1874 akan berulang. Perjanjian yang akhirnya menjadi pintu masuk penjajahan British ke atas tanah air ini.

Ayuh mahasiswa! Ambil tahu dan cakna isu ini. Tiada masa lagi hanya untuk duduk dan memerhati. Negara kita dalam bahaya.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Ilmiah, Mahasiswa Bantah TPPA, Suara Rakyat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s