“Wacana Islam Memimpin Perubahan” membuka minda mahasiswa Mesir

iklanKaherah, 13/12/2015- Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana Gerakan Suara Rakyat(S.U.A.R.A) dapat lagi menganjurkan program bersama pimpinan Malaysia dalam Wacana Islam Memimpin Perubahan: Cabaran & Solusi pada 8/12/2015(Selasa) bertempat di Anjung DE Cafe, Hayyu Asyir, Kaherah.

Wacana ini merupakan kesinambungan program-program penerangan isu semasa dan pencerahan berkaitan hal ehwal negara Malaysia yang telah dianjurkan sebelum daripada ini.

Wacana kali ini mengambil tajuk Islam Memimpin Perubahan bagi memberi ruang kepada barisan panel yang terdiri daripada Pimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah Darul Aman mengupas berkaitan bagaimana Islam memimpin massa dan cabaran-cabaran yang dihadapi.

e6Panelis daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia(DMPM) ialah ketua dewan itu sendiri, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, dan Ketua Penerangan DMPM, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.

Manakala panelis daripada Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah ialah Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Bin Syeikh Fakhrurazi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 3, Tuan Haji Sanusi Md Nor yang juga merupakan AJK PAS Pusat.

Antara isu yang dikupas oleh barisan panel ialah krisis pendidikan dalam negara, cabaran penyebaran dakwah dalam suasana mutakhir ini dan kepentingan serta strategi muslimat atau mahasiswi terjun dalam lapangan masyarakat di tanah air.

S.U.A.R.A mengharapkan para hadirin mampu mengambil manfaat serta input-input yang berguna sebagai rangsangan dan maklumat tambahan selaku mahasiswa yang kelak berperanan dalam memimpin dan membaiki masyarakat.

Akhir sekali, pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program wacana ini.

Berani & Benar

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s