Rakyat Malaysia di Mesir Mahu Negara Diselamatkan

suaraKaherah, 15 Oktober 2015­—Segala puji-pujian dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) berjaya mengadakan program Ceramah Isu Semasa: Selamatkan Malaysia pada 10/10/2015, Sabtu di Anjung DE Cafe,Hayyu Asyir, Kaherah.

Kehadiran yang memberangsangkan dari kalangan mahasiswa/wi Mesir dalam program tersebut memberi isyarat bahawa mereka mahu Malaysia diselamatkan dari kerosakan dan penyelewengan dalam segenap aspek seperti pentadbiran, ekonomi dan sistem sosial masyarakat.

Majlis telah dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran bagi meraih keberkatan Ilahi sepanjang program berlangsung. Seterusnya pembuka bicara oleh Pemangku Presiden S.U.A.R.A 2015, Ustaz Muhammad Zahir Md Yunus. Kemudian pidato perdana telah disampaikan oleh tokoh anak muda Malaysia iaitu Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi.

Beliau menyentuh banyak isu-isu terkini seperti isu TPPA, isu Hudud, isu pusat-pusat maksiat yang berleluasa serta menegaskan bahawa Malaysia perlu diselamatkan dengan kembali kepada sistem Islam yang sebenar.

Di samping itu, beliau juga menegaskan mahasiswa/wi perlu berperanan dalam membaiki negara dan masyarakat selari dengan perintah Allah.

Hampir 1500 rakyat Malaysia yang hadir pada program tersebut bagi mendengar penjelasan berkenaan perkembanagan semasa tanah air tercinta yang dilihat gawat kebelakangan ini.

Sekaligus menunjukkan rakyat Malaysia di Mesir cakna terhadap isu semasa dan mahu Malaysia diselamatkan dari sebarang kerosakan.

Selain itu, pada program tersebut telah dilancarkan kutipan derma untuk dana S.U.A.R.A dan derma yang berjaya dikumpul seperti berikut:-

-EGP 7138.00
-RM 72.80
-USD 96.00
-Seutas jam tangan casio

Ceramah mantap telah disampaikan oleh YB Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi, Ahli Parlimen Temerloh

Ceramah mantap telah disampaikan oleh YB Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi, Ahli Parlimen Temerloh

Hadirin memenuhi ruang dataran dalam program Ceramah Isu Semasa : Selamatkan Malaysia.

Hadirin memenuhi ruang dataran dalam program Ceramah Isu Semasa : Selamatkan Malaysia.

Justeru itu, pihak S.U.A.R.A ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang program berlangsung serta  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang beri kerjasama yang baik samaada secara langsung atau tidak langsung.

Semoga rakyat Malaysia di Mesir terus cakna dan berperanan dalam membangun Malaysia yang tercinta serta memberi sokongan kepada aktivit-aktiviti S.U.A.R.A selepas daripada ini.

 

Berani & Benar

Gerakan Suara Rakyat(S.U.A.R.A)

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita, Program. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s