Tabung Derma Mangsa Banjir S.U.A.R.A Berjaya Capai LE 10,000 Melalui Teh Tarik Session

Kaherah, 3 Januari 2015 – Teh Tarik Session telah berjaya dianjurkan oleh Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) pada 31 Disember 2014 yang lepas sebagai satu slot program terakhir untuk melabuhkan tirai Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) bagi sesi 2014.

Teh Tarik Session mensasarkan LE 10,000 sebgaia hasil kutipan sumbangan untuk mangsa banjir.

Teh Tarik Session mensasarkan LE 10,000 sebagai hasil kutipan sumbangan untuk mangsa banjir.

   Program ini telah berjaya menjemput dua orang tetamu undangan daripada Malaysia iaitu : (1) Al-Fadhil Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim, Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor dan (2) Al-Fadhilah Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor.

   Program santai ini dimulakan sejurus selepas solat Maghrib, iaitu bermula Solat Hajat Perdana yang diimami oleh Ustaz Syarhan Humaizi. Selanjutnya Teh Tarik Session membincangkan isu-isu semasa terutamanya apa yang berlaku di Malaysia. Lokasi Teh Tarik Session bagi Ikhwah adalah di bahagian Anjung DE Cafe manakala Akhawat di Tingkat 1 DE Cafe. Alhamdulillah hadirin memberikan respon yang cukup baik dengan persoalan dan situasi dua hala yang dijalankan.

   Dalam Teh Tarik Session ini, pihak SUARA telah berjaya mendapat hasil kutipan daripada Tabung Derma Mangsa Banjir sebanyak jumlah berikut :

1) Bidaan beg tangan Ustazah Wan Hasrina : LE 3000
2) Seutas Rantai Emas
3) Sebentuk Cincin Emas (916)
4) LE 6527
5) RM 1513.20
6) USD 100
7) EURO 10
8) DINAR 2

13

Mahasiswa/wi Mesir berjaya membuktikan solidariti mereka kepada mangsa BANJIR Malaysia dengan sumbangan yang melebihi target asal. TAHNIAH!

   Sumbangan tersebut telah diserahkan melalui wakil SUARA kepada Al-Fadhil Ustaz Syarhan Humaizi untuk dibawa pulang ke Malaysia dan diuruskan untuk memberi kebajikan dan manfaat kepada seluruh mangsa banjir, insyaAllah.

   Pihak SUARA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Teh Tarik Session pada kali ini. Semoga sumbangan ikhlas anda buat mangsa Banjir Malaysia diberkati Allah.

“BERANI & BENAR”

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita, Gambar, Info, Program, Suara Rakyat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s