[KENYATAAN RASMI] MALAYSIA EXPO 2014 PUDAR DEK UNSUR KEMAKSIATAN

Untitled-1

1. Tahniah diucapkan kepada Embassy of Malaysia in Cairo atas usaha memperkenalkan Malaysia di mata dunia dalam program Expo Malaysia 2014 di Cairo Festival City, Tajammuk Khamis.

2. Expo ini memperkenalkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbagai kaum. Maka secara tidak langsung Expo Malaysia 2014 ini adalah peluang memperkenalkan kesenian dan budaya rakyat Malaysia.

3. SUARA terpanggil bagi meluahkan rasa kecewa ke atas beberapa aktiviti yang disifatkan tidak selari dengan Islam apatah lagi ia juga akan sedikit sebanyak merosakkan pandangan terhadap masyarakat Malaysia yang menjaga batas dan adat ketimuran, antaranya :-

i. Undangan penyanyi wanita tidak menutup aurat di kalangan mahasiswi.
ii. Persembahan tarian zapin dan lain-lain oleh kumpulan penari yang dibawa khas dari tanahair.

4. Insiden tersebut secara tidak langsung mencalarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia perkara 3.

5. Takutlah akan akibat dosa yang akan mengundang azab oleh Allah SWT di akhirat kelak. Firman Allah SWT :

(فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ
أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِنْ كَانُوا
أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ)
[Surat Al-Ankabut : 40]

Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di
antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu;
dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi;
dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami
tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya
mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

6. Penganjur seharusnya mengambil kira aktiviti yang dianjur supaya bertepatan dengan syariat selari dengan tuntutan Islam sebagai agama rasmi.

7. Penganjuran aktiviti yang terdapat unsur maksiat seperti ini tidak menonjolkan kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang berteraskan Islam, tetapi lebih terikut-ikut dengan rentak barat yang mengejar pembangunan dan kemajuan material dan hiburan yang melampaui batas agama.

8. Expo Malaysia 2014 juga menonjolkan Malaysia hanya menggunapakai dasar separuh Islam. Islam hanya menjadi agama ibadat semata-mata tetapi tidak diserap dalam kehidupan seharian.

9. SUARA sekali lagi melahirkan rasa kecewa dan berharap pihak Kedutaan Malaysia Mesir memandang serius akan perkara ini dalam usaha kita sama-sama memastikan kesucian Agama Islam terus terpelihara.

10. Jauhilah segala perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT walaupun ianya diberikan pujian oleh manusia di dunia yang sementara.

Berani & Benar

Muhammad Safwan Bin Abdullah
Presiden,
Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) 2014

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s