[MINDA S.U.A.R.A] Pilihanraya Kampus (PRK) : Kembalikan Keabsahan Nilai Kepimpinan

Setiap kali Pilihanraya Kampus (PRK)dijalankan, isu dan konflik yang berlaku adalah sama dan berulangan iaitu proses pilihanraya yang tidak bersih, dek kerana campurtangan dan tindakan berat sebelah pihak pentadbiran universiti dan terkini dikejutkan dengan perjumpaan sulit seorang menteri dengan beberapa calon yang didakwa sebagai calon tajaan UMNO untuk PRK UIAM di Sri Pacific Hotel pada minggu lalu.

Keterlibatan pihak HEP dapat dilihat kerana turut hadir sama Dato’ Mizan Hitam, Timbalan Rektor HEP UIAM dalam perjumpaan tersebut.

Campurtangan politik luar adalah suatu pencabulan kepada proses demokrasi dan mempermainkan hak mahasiswa dalam mendapatkan suatu proses demokrasi yang bersih.

Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) sebagai wadah mahasiswa Mesir untuk menyatakan pandangan mengutuk campurtangan politik murahan dari luar yang menggangu proses demokrasi berjalan sepanjang proses PRK berlangsung.

Ketempangan demokrasi di kampus-kampus adalah perkara yang kerajaan Malaysia gagal perbaiki, malah kami khuatir ianya bakal menghancurkan masa depan negara kerana mahasiswa masa sekarang adalah pemimpin masa hadapan, andai kepimpinan mahasiswa pada hari ini lahir dari demokrasi yang tempang, bagaimana keupayaan mereka untuk memimpin dan membaiki demokrasi di negara kita yang sudah tempang ini di masa hadapan.

Selain itu S.U.A.R.A juga mengutuk mana-mana campurtangan pegawai hal ehwal pelajar terhadap gerakan mahasiswa yg membentuk asas memimpin masa depan tidak kira di Malaysia atau luar negara.

Berani & Benar

Muhammad Safwan Bin Abdullah
Presiden,
Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) 2014.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s