SISTERS IN ISLAM (SIS) : KELONGGARAN PEMERINTAH YANG MENYESAKKAN DADA

Kerajaan Malaysia seringkali menyatakan Malaysia sebuah Negara Islam contoh yang mengambil pendekatan wasatiyyah dalam pemerintahan.Namun melihat kepada situasi-situasi yang berlaku, persoalan benarkah Kerajaan Malaysia benar-benar mahu menuju kearah negara Islam yang mengamalkan pendekatan wasatiyyah dan Islam yang sebenar wajar dilontarkan.

Lihat sahaja bagaimana pertubuhan Sisters In Islam (SIS) yang cuba membawa aliran pemikiran liberalisme dan pluralisme bergerak dan bergiat sehingga situasi kini yang agak hangat kerana fatwa pengharaman pertubuhan tersebut yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 Julai 2014 yang lalu.

Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) ingin menyatakan sokongan kepada fatwa yang dikeluarkan kerana aliran pemikiran liberalisme bukan baru sahaja difatwakan sesat , tetapi sudah dinyatakan bahawa aliran pemikiran tersebut adalah sesat pada tahun 2006 lagi.

Oleh itu, S.U.A.R.A menyatakan:

1) Sokongan kepada sebarang usaha menghalang penyebaran aliran pemikiran liberal dilakukan sekaligus menyokong fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 17 Julai 2014 yang lalu.

2) Menyatakan kekecewaan kerana tiada langkah bersepadu dan tidak terzahir kesungguhan serta sokongan dari kerajaan Malaysia kepada Majlis Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dalam menghadapi ancaman pemikiran yang difatwakan sesat ini. Ancaman pemikiran ini dilihat seperti perkara biasa yang tidak membahayakan hasil kepada usaha-usaha yang tidak mempunyai impak dan momentum yang besar, sedangkan medium dan teknikal yang pelbagai dimiliki oleh pihak kerajaan.

3) Kerajaan Malaysia perlu ada pendekatan dan usaha baru yang baik dalam saluran-saluran penerangan dibawah kelolaan kerajaan itu sendiri seperti mempergandakan dan menghebahkan ancaman pemikiran ini. Di samping menguatkuasa dan memantau kegiatan penyebaran pemikiran ini di pelbagai medium penerangan dengan menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).

4) Terkilan dengan tindakan Sister In Islam yang mencabar fatwa yang dikeluarkan serta mengecam dakwaan SIS yang memutar belit fakta dengan menyatakan tiada rundingan dan perjumpaan dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Fatwa Selangor dalam proses mengeluarkan fatwa. Sekaligus mencabar kredibiliti Jawatankuasa Fatwa.

5) Kecewa dengan penyataan sokongan kepada pertubuhan SIS yang cuba membawa aliran yang difatwakan sesat dari kalangan umat Islam sendiri apatah lagi dari kalangan pimpinan gerakan Islam.

Justeru, S.U.A.R.A menyeru supaya aliran pemikiran liberal perlu dibendung oleh pelbagai pihak kerana memberi ancaman yang besar kepada akidah umat Islam di Malaysia.

Muhamad Safwan Bin Abdullah
Presiden ,
Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) 2014
Berani & Benar

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s