TURUN 501 STUDI & BANTAH GST : S.U.A.R.A SERU MAHASISWA BERSOLADIRITI BERSAMA

bantah gst

1. Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) melancarkan Kempem STUDI & BANTAH GST . Kempen ini selari dengan Himpunan 1 Mei yang akan di adakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

2. S.U.A.R.A menyeru kepada semua mahasiswa Malaysia di Mesir khususnya, supaya “bersama” dalam himpunan 501 BANTAH GST pada 1 Mei ini. Ia bagi menyemarakkan bantahan terhadap keputusan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Jualan & Perkhidmatan (GST).

3. S.U.A.R.A menyatakan kebersamaan dengan rakyat Malaysia yang akan berhimpun secara aman pada esok hari (1 Mei 2014) untuk bersolidariti, menyuarakan pandangan & membantah terhadap pelaksanaan GST. Mahasiswa merupakan generasi kepimpinan kepada negara, justeru perlunya mahasiswa bertindak menyatakan pandangan & bantahan mereka secara aman terhadap GST ini.

4. STUDI & BANTAH GST merupakan ruang bagi mahasiswa menyuarakan hasrat hati mereka terhadap perlaksanaan GST sebagai satu bebanan kepada rakyat Malaysia. S.U.A.R.A menyokong kenyataan Presiden S.U.A.R.A, Sdr. Safwan Abdullah menyarankan kepada kerajaan menilai kembali keperluan, peluang & tekanan terhadap GST sebelum dilaksanakan kepada rakyat. Maka, mengambil semangat amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia, justeru S.U.A.R.A melihat himpunan Kempen STUDI & BANTAH  GST ini sebagai alternatif kepada mahasiswa Malaysia di Mesir melontarkan isi hati, pandangan dan sebagainya berkaitan GST.

5. Oleh itu, S.U.A.R.A sekali lagi menyeru kepada seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir yang cintakan Negara untuk menyemarakkan lagi  STUDI & BANTAH GST pada esok hari (1 Mei 2014), sebagai tanda solidariti kita bersama-sama rakyat Malaysia untuk membantah GST. S.U.A.R.A mendoakan kepada seluruh mahasiswa yang akan menghadapi peperiksaan dipermudahkan dalam menjawab & diberi kejayaan dalam peperiksaan. Semoga kejayaan & kecemerlangan yang diperolehi menjadi wasilah untuk taat memperjuangkan agama Allah SWT.

“BERANI & BENAR “

ABDUL HAKIM BIN SAZALI

Pengarah Kempen STUDI & BANTAH GST

Gerakan Suara Rakyat ( S.U.A.R.A ) 2014.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s