GST- 1MEI RAKYAT TURUN NYATAKAN PILIHAN

suara gstGST- 1MEI RAKYAT TURUN NYATAKAN PILIHAN

Gerakan Suara Rakyat S.U.A.R.A sekali lagi mohon memberi sedikit pandangan dalam menghadapi kemelut tekanan kos sara hidup yang melanda rakyat Malaysia tatkala ini. Umum mengetahui 1 Mei merupakan tarikh keramat dimana rakyat akan turun untuk menzahirkan sikap dan perasaan mereka terhadap keputusan perlaksanaan GST.

GST merupakan satu sistem cukai yang dilaksanakan oleh banyak Negara, dan menjadi proses standard sebahagian Negara. GST juga merupakan salah satu mekanisme keperluan untuk menambah hasil Negara, dan ia juga banyak dilaksanakan oleh Negara lain, cuma persoalan penting ialah GST ini hendak dilaksanakan dalam suasana Negara yang sangat berbeza fenomena dan keadaan dari Negara lain.

Contohnya Singapura yang melaksanakan GST dalam keadaan kerajaan sebelumnya menaikkan taraf hidup rakyat mereka, gaji kakitangan awam dinaikkan, purata pendapatan setiap keluarga disana hampir 100% daripada pendapat asal telah ditingkatkan. Begitu juga oleh Negara-Negara lain, mereka sangat minimal dari segi hutang Negara.

Persoalan besar di Negara kita ialah GST dilaksanakan dalam keadaan sumber asli, pendapatan bagi pekerja sama ada swasta atau kerajaan, usahawan dan peniaga kecil, pendapatan dan taraf hidup mereka masih ditakuk lama bahkan harga produk mereka ada ketika jatuh lebih jauh dari 3-4 tahun lepas.

Harga kelapa sawit yang sentiasa mengalami pasang surut, harga getah demikian juga yang berlaku malah banyak surut daripada naik!

Melihat kepada hutang Negara yang telah mencecah hampir 456 Billion. Ini angka yang merunsingkan dan pada waktu yang sama rakyat akan dibebankan oleh cukai GST tersebut.

GST akan menjadikan golongan miskin bertambah miskin,tetapi yang kaya tidak merasai beban GST tersebut. Keadaan yang wujud ini yang membezakan ketidak wajarannya pelaksanaan GST ini di Negara kita. Kerajaan sepatutnya pada ketika ini meningkatkan taraf hidup rakyat terlebih dahulu dan mengutamakan masalah rakyat yang lebih utama.

Saranan diperingkat S.U.A.R.A untuk pihak kerajaan kembali melihat keperluan, peluang dan tekanan yang wujud dalam perlaksanaan GST.

MOHD SAFWAN BIN ABDULLAH
Presiden Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) 2014

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s