SUARA hadiri Program Isu Semasa Mesir di Malaysia

969481_640962822589548_665766396_n  1174755_580511151987989_439705459_n

Gerakan Suara Rakyat Malaysia-Mesir telah meninjau dan menyertai program berkenaan isu terkini yang berlaku di Mesir iaitu :

16 Ogos 2013
1) Himpunan Aman Membantah Kezaliman Kudeta Mesir tehadap rakyat Mesir

Program yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan dibeberapa Masjid negeri seluruh Malaysia. Sebelum program bermula, usai solat jumaat pihak Masjid SSAS telah mengadakan solat hajat dan qunut nazilah khusus untuk Rakyat Mesir yang dizalimi oleh Kudeta Mesir.

Antara aktiviti program tersebut adalah pidato oleh Wakil Dewan Pemuda PAS Selangor, Wakil Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), setiap wakil Parti & NGO, juga Ucapan wakil kerajaan Selangor turut serta dalam majlis ini dan diakhiri dengan bacaan doa.

Tidak ketinggalan Mahasiswa/wi Mesir yang pulang bercuti di Malaysia turut serta dalam perhimpunan ini bagi menyatakan sokongan mereka.

17 Ogos 2013
2)Munajat 100K Mohon Bantuan Allah & Megutuk Kekejaman Regim Mesir

537214_10200375536137940_2009883885_nPada asalnya di Dataran Merdeka di tukar ke PAdang Merbok selepas perbincangan penganjur bersama Polis Diraja Malaysia & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Program bermula pada jam 4 ptg sehingga 9.30 malam berjalan lancar.

Antara Aktiviti yang dijalankan, Pentas Pidato oleh Pimpinan PAS Pusat, Ketua Dewan Pemuda, Ketua Dewan Muslimat, Wakil Dewan Ulama’, Wakil Pimpinan DAP dan Pakatan Rakyat dan turut serta wakil-wakil NGO Islam dan Bukan Islam. SoLat berjemaah, Solat jenazah Ghaib dan Solat hajat serta Qunut nazilah setiap solat dipimpin oleh Murabbi YAB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

10860_10151562792597312_2132559987_n

Penutup Pidato disampaikan Oleh Tuan Guru Presiden dan diakhiri dengan doa wehdah. Program selesai selepas solat isyak berjemaah.

Kesimpulan yang boleh dibuat setelah mendengar penerangan dan ucapan dari program tersebut adalah :

1) Menggesa Kerajaan Malaysia mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi isu ini dan menyatakan pendirian Malaysia terhadap Isu Mesir ini.
2) Kejadian yang berlaku di Mesir adalah untuk melenyapkan gerakan Islam apabila Gerakan Islam mendapat kepercayaan rakyat melalui demokrasi. Rujuk sejarah Algeria satu ketika dahulu, Mesir tahun 1952 dan lain-lain sejarah yang cuba dijatuhkan secara zalim kerana Gerakan Islam ini dicemburui oleh Yahudi dan golongan yang tidak mahu Syiar Islam ditegakkan dan dikembalikan Khilafah Islam yang runtuh.
3) Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dan pengajaran peristiwa di Mesir dan bersedia menghadapi apa cabaran sekalipun yang mendatang kerana musuh-musuh Islam semakin berani menentang Islam.
4) Menggesa PBB, OIC dan Liga Arab membuat persidangan tergempar membincangkan Isu Mesir ini.
5) Menggesa seluruh Pertubuhan Dunia menggantung keahlian Mesir sebagai salah satu tekanan politik supaya Mesir kembali kepada sistem demokrasi yang adil semula. Sepertimana Kesatuan Negara Africa Menggantung keahlian Mesir sebagai ahli anggotanya.
6) Sebagai umat Islam kita wajib membela Islam dan saudara seIslam kita tidak kira bangsa dan warna kulit. Juga berusaha membantu semampu yang kita boleh dan bersyukur serta Redhalah ini adalah ujian Allah kepada umat Islam dan hamba-hambaNya yang beriman.

* Untuk mengetahui Isu terkini dari Mesir sila like dan layari Facebook ( Prihatin Mesir )

“BERANI & BENAR”

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD FAIZAL ABDULLAH
Krew Penerangan SUARA di Malaysia,
Gerakan Suara Rakyat, 2012/2013.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita, Program, Suara Rakyat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s