SUARA Sokong Himpunan Aman & Munajat Selamatkan Mesir

SUARA Sokong Himpunan Aman dan Munajat Selamatkan Mesir

Image

Berikutan serangan keatas rakyat di beberapa dataran termasuk Rabaah Al-Adawiyah dan Dataran Nahdhah, Giza. Gerakan Suara Rakyat (SUARA), mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Mesir yang telah membunuh menerusi tembakan peluru hidup, selain membakar dan tembakan tepat kearah penunjuk perasaan yang menyebabkan lebih 3500 orang rakyat manakala lebih kurang 15000 orang yang lain tercedera. Kejadian yang berlaku juga adalah kejadian paling kejam,zalim dan tidak berperi kemanusiaan.

Image

Peristiwa hari ini akan menjadi sejarah kepada siswa-siswi di Mesir khususnya dan menjadi pengajaran buat generasi akan datang. SUARA menyokong saranan agar pemerintahan Mesir dikembalikan semula kepada Doktor Mohamed Mursi, sebagai presiden yang sah bagi menyelesaikan konflik ini dan mengembalikan kestabilan ekonomi Negara ini. Tiada jalan lain yang dilihat akan meredakan semula kemarahan rakyat yang menuntut hak mereka yang telah memilih presiden Mesir secara sah dikembalikan.

Image

Justeru, SUARA juga menyokong program-program berbentuk Himpunan Aman dan Munajat Perdana oleh mana-mana parti politik dan NGO di Malaysia selepas solat Jumaat esok, bagi mengutuk kekejaman dan tindakan tidak berperiRA kemanusiaan oleh polis dan tentera rejim yang langsung tidak mempunyai nilai keagamaan.

Image

SUARA juga menyarankan mahasiswa-mahasiswi yang pulang bercuti di Malaysia turut menyertai himpunan dan munajat yang di anjurkan mana-mana pihak bagi menyalurkan solidariti kita selaku rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kepada rakyat Mesir.

Sebagai penutup, SUARA berharap rejim kerajaan sementara Mesir menghentikan segala keganasan terhadap rakyat yang tidak berdosa. SUARA sekali lagi mengajak dan menyeru semua mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan Mesir kembali aman, harmoni dan sejahtera seperti sediakala.

BERANI & BENAR

Siti Najwa Md Zin,

Naib Presiden,
Gerakan Suara Rakyat,
2012/2013.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s