SUARA sertai Wacana TPPA

Image

SUARA sertai Wacana isu TPPA

Sabtu -3 Ogos 2013, jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Seminar Perpustakaan Awam Selangor Raja Tun Uda. Gerakan Suara Rakyat Malaysia-Mesir (SUARA) telah menghantar wakil yang diketuai oleh Saudara Muhammad Zahir Md.Yunus dan Saudara Muhammad Faizal Abdullah menghadiri Wacana Trans-Pacific Partnership Agrement (TPPA) yang bertajuk “Kesan dan ancaman kepada ekonomi negara dan ummah” yang dianjurkan oleh Institut Pemikiran Fadhil Noor (INFO). Kehadiran seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada ahli perniagaan, penjawat awam, mahasiswa dan juga orang awam turut serta dalam wacana ini.

Wacana ini dikendalikan oleh, Ir. Nurul Islam Mohamed Yusof dan dua panel terkenal iaitu, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki merupakan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat dan Ustaz Zaharudin Muhammad Pakar Ekonomi Islam PAS. Wacana ini bermula dengan pusingan pertama soalan yang dikemukan oleh moderator, berkaitan definisi TPPA, pro dan kontra TPPA serta kefahaman penting yang perlu rakyat tahu tentang TPPA ini. Pusingan kedua moderator telah membuka soalan dan perkongsian pandangan dari peserta yang hadir dan pusingan terakhir adalah kesimpulan dari setiap panel dan pendirian panel terhadap TPPA ini.

Wacana ini juga bukan sahaja menerangkan TPPA bahkan panel juga memberi penerangan bagaimana Sistem Ekonomi Islam mampu menyelesaikan semua masalah yang berlaku dalam dunia perniagaan dan ekonomi secara menyeluruh.

Dilampirkan laporan dari Setiausaha INFO pada program Wacana tempoh hari sebagai perhatian untuk semua masyarakat Malaysia :-

1. Banyak perkara-perkara di luar kerangka TPP yang menjadi perhatian dalam wacana.

2. Perbincangan lebih berfokus mengenai sistem ekonomi domestik negara yang dilihat semakin meruncing dan tidak seimbang. Ini sekali gus, mendedahkan kebobrokan sistem ekonomi yang diamalkan kerajaan hari ini.

3. Allah SWT telah menyebut di dalam Al-Quran ;
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (Surah Ar-Rum : 41)

4. Maka, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana kerosakan-kerosakan yang timbul daripada tangan perbuatan manusia yang tidak mahu mengikut peraturan dan ketetapan daripada Allah SWT.

5. Perbandingan-perbandingan kelemahan sistem ekonomi negara hari ini dengan prinsip ekonomi dalam Islam sedikit sebanyak membuka mata masyarakat tentang betapa jauhnya jurang keadilan di antara dua sistem ini.

6. Saya yakin, peserta yang hadir semalam pasti tertanya-tanya;

  • Bagaimana Ekonomi Islam mampu menyelesaikan masalah dan kelemahan yang ada hari ini?
  • Apakah prinsip keadilan yang terkandung dalam Ekonomi Islam?
  • Bagaimana Islam mengatur sistem cukai, pembahagian tanah di samping merapatkan jurang si kaya dan si miskin dalam kehidupan masyarakat sosial?
  • Bagaimana Islam membentuk Ekonomi Kekeluargaan sebagai satu asas kepada kemajuan ekonomi sesebuah negara?

Justeru itu, pihak SUARA merasakan isu TPPA ini adalah isu besar yang perlu rakyat Malaysia tahu dan fahamkan. Kerana jika TPPA ini dilaksanakan kitalah rakyat yang akan menanggung beban sekiranya berlaku kenaikan harga barang serta masalah ekonomi yang akan berlaku kelak. Pihak SUARA mengajak rakyat Malaysia memahami secara jelas isu ini dan saling bertukar pandangan dan maklumat berkaitan isu penting ini.

SUARA hanya menyampaikan maklumat kepada anda. Selebihnya andalah rakyat Malaysia yang memberi pertimbangan dengan sebaiknya.

Sekian terima kasih,

“Berani & Benar”

Yang menjalankan tugas,

Muhammad Zahir Md. Yunus,

Ketua Wartawan SUARA di Malaysia.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita, Info, Program. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s