SUARA Lahir Rasa Kesal Tragedi Pertumpahan Darah di Rabaah.

Gerakan Suara Rakyat (SUARA) mengecam pertumpahan darah terhadap pihak yang tidak bersenjata pada waktu subuh, 27 Julai 2013 yang mengakibatkan lebih 120 nyawa terkorban dan ribuan yang lain tercedera. SUARA amat bersimpati terhadap mangsa kejadian tersebut.

Tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut adalah kali kedua dilakukan ke atas penunjuk perasaan selepas tindakan pertama 8 Julai lalu ketika peserta himpunan sedang melaksanakan solat subuh.

SUARA amat bersetuju dan menyokong cadangan cendiakawan Mesir, antaranya anggota Hai’ah Kibar Ulamak Al-Azhar ; Dr.Muhammad ‘Imarah , Dr.Mukhtar Mehdi , Dr.Toriq El-Bishri (pakar perlembagaan), Dr.Saifuddin Abdul Fatah (bekas Penasihat kepada Presiden Mesir) dan Dr.Tala’at Afifi (bekas Menteri Wakaf) yang berhimpun di Dar Al-Hikmah jam 3 petang tadi yang melontarkan cadangan dan buah pandangan bagi mengelurkan Mesir dari kemelut waktu ini.

Selain itu, SUARA amat menyokong cadangan Dr Hassan Shafie yang berjanji akan bertemu dengan Sheikhul Azhar, Doktor Ahmed Toyyib bagi menasihati pihak berkuasa menghentikan pembunuhan kepada penunjuk perasaan.

SUARA juga amat mengharapkan segalanya selesai dengan baik dan mengajak seluruh Muslimin dan Muslimat untuk terus mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir, juga keamanan bumi Anbiya’ ini dari segala fitnah dan kemusnahan.

اللهما احفظ مصر وأهلها وشعبها من الفتن ما ظهر منها وما بطن

Berani & Benar,

Mohd Nur Afzan bin Ab Wahab
Presiden,
Gerakan Suara Rakyat Malaysia-Mesir (SUARA)

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s