SUARA Meninjau Pusat Pengundian Pengundi Tidak Hadir (PTH)

KAHERAH, 28 APRIL 2013- Gerakan Suara Rakyat(SUARA) telah menghantar delegasi seramai empat orang pimpinan diketuai Timbalan Presiden, Saudara Mohd Faizal bin Jaafar ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di Mohandesin yang menjadi pusat pengundian untuk meninjau dan membuat liputan pengundian awal Luar Negara melalui Pengundi Tidak Hadir(PTH).

   Tinjauan ini dibuat untuk melihat sendiri perjalanan proses pengundian awal luar negara melalui PTH dilakukan dan juga ingin memastikan proses tersebut berjalan dengan lancar dan tiada unsur-unsur yang mencurigakan.

   Pengundian PTH bermula pada jam 9.00 pagi,yang telah dilaksanakan di Tingkat dua bangunan KBMK. Pihak SUARA tiba di pusat pengundian pada jam 9.45 pagi dan mendapati keadaan sekeliling di bangunan KBMK berada dalam keadaan tenang dan kelihatan beberapa orang rakyat Malaysia dan pegawai KBMK berada luar bangunan tersebut.

   Pihak SUARA hanya dibenarkan membuat tinjauan di luar bangunan KBMK. Ini kerana dimaklumkan hanya individu yang ingin membuang undi sahaja dibenarkan masuk. Akur dengan peraturan itu, pihak SUARA mengambil keputusan untuk membuat liputan dan tinjauan hanya di sekitar bangunan KBMK tanpa mengganggu perjalanan proses pengundian.

   Dengan bantuan beberapa orang pegawai KBMK dan pengundi, pihak SUARA sedikit sebanyak mendapat maklumat berkaitan teknikal proses pengundian dijalankan dan juga maklumat berkaitan ketidakgunaan dakwat kekal dalam pengundian awal luar negara. Selain itu, SUARA dimaklumkan pegawai-pegawai yang bertugas bukan daripada pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tetapi di kalangan pegawai-pegawai KBMK dan Education Malaysia Egypt (EME) yang dilantik dan diketuai oleh Encik Shaiful Anuar bin Mohammad selaku Ketua Canseri KBMK.

   Wartawan SUARA sempat menemubual beberapa orang pengundi yang rata-rata merupakan mahasiswa yang menuntut di Mesir. Kebanyakan pengundi melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan perjalanan pengundian dan mengharapkan undi yang diberi, dapat menjadikan Malaysia lebih baik melalui pimpinan yang dipilih. Pengundi juga berharap undi yang diberikan tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dan berharap kertas undi sampai di tempat yang sepatutnya.

   Ada juga dikalangan pengundi yang membawa keluar sampul pengundian untuk dibawa dan dipos sendiri di Malaysia. Ini kerana peratuan pengundian awal membenarkan perkara tersebut dilakukan dengan syarat mematuhi tempoh yang diberikan.

   Disini juga, pihak SUARA menyuarakan rasa kekesalan yang amat, dengan bilangan pengundi yang berdaftar sebagai PTH iaitu seperti yang dimaklumkan hanya seramai lebih kurang 160 orang. Dengan bilangan warganegara Malaysia di Mesir melebihi 10,000 orang, amatlah menyedihkan apabila yang berdaftar hanya kurang dari 200 orang.

   Pihak SUARA juga telah membuat beberapa kajian dan mendapati tiga faktor utama terjadinya perkara ini ialah, yang pertama kurangnya usaha-usaha penerangan dan promosi berkaitan undi PTH, daripada pihak KBMK selaku wakil yang dilantik oleh SPR di Mesir. Faktor yang kedua, kurangnya keyakinan warganegara Malaysia di Mesir melalui proses undi pos itu sendiri, dan yang ketiga ialah kurangnya kecaknaan warganegara Malaysia di Mesir mengenai PTH dan kepentingannya.

   Setakat tinjauan pihak SUARA sehingga jam 4.00 petang, seramai lebih kurang 110 orang pengundi telah menjalankan tanggungjawab untuk membuang undi melalui PTH.

   Timbalan Presiden SUARA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KBMK yang sudi memberikan kerjasama sepanjang SUARA membuat liputan dan tinjauan. Tidak dilupakan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi ditemubual oleh wartawan SUARA dan memberi respon yang cukup baik. Beliau mengharapkan agar proses pengundian PTH dapat berjalan dengan lancar, telus dan bersih serta tiada unsur-unsur manipulasi undi daripada pihak-pihak luar yang tidak bertanggungjawab.

Disediakan oleh,
Wartawan,

Gerakan Suara Rakyat (SUARA).

“BERANI & BENAR”

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s