Selamat Mengundi Kepada Rakyat Malaysia Luar Negara.

68

Selamat Mengundi Kepada Pengundi Tidak Hadir(PTH)

Esok 28 April 2013 merupakan hari yang penting bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara. tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13(PRU13) tetap boleh dijalankan walaupun sedang berada diluar negara. Rakyat Malaysia yang berada di luar negaraakan mengundi melalui pengundian awal yang dinamakan Pengundi Tidak Hadir(PTH) secara serentak di seluruh dunia esok.

Pilihanraya Umum yang hanya datang lima tahun sekali perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah amanah yang besar kepada negara kita tercinta.

Justeru itu, pihak Gerakan Suara Rakyat(SUARA) menyeru kepada rakyat Malaysia di Mesir khususnya dan seluruh dunia amnya yang telah berdaftar sebagai PTH supaya keluar mengundi beramai-ramai pada esok hari bagi melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara.

Pihak kami juga menyeru kepada semua pengundi supaya membuat pilihan yang tepat. Pemimpin yang dipilih perlu memiliki ciri-ciri yang telah digariskan oleh Islam antaranya adil dan amanah seperti firman Allah di dalam surah An-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”

Jadi, terserah kepada anda semua yang memikul tanggunjawab ini untuk memilih calon yang benar-benar menepati ciri-ciri yang Al-Quran gariskan. Kerana anda adalah penentu masa depan negara. Melalui kertas undi inilah lahirnya pemimpin yang mengasihi rakyat ataupun yang sebaliknya.

Jadi, saya mewakili seluruh pimpinan Gerakan Suara Rakyat(SUARA) mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh Pengundi Tidak Hadir di seluruh dunia. Semoga Negara kita dikurniakan ‘Baldatun Toiyibatun Warabbun Ghafur’ iaitu Negara Yang Baik dan Mendapat Pengampunan Allah.

BERANI & BENAR

Mohd Faizal bin Jaafar

Timbalan Presiden,

Gerakan Suara Rakyat(SUARA) 2013

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
Aside | This entry was posted in Berita, Suara Rakyat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s