Munajat Perdana & Wacana PRU13 : Berjaya tarik hampir 4000 Mahasiswa Mesir

552958_293400597458716_931240953_n

Cairo, 20 April 2013- Gerakan SUARA Rakyat Malaysia-Mesir telah mengadakan Munajat Perdana & Wacana PRU13 yang bertajuk “ Mahasiswa Pilih Siapa?”. Program ini diadakan bagi membuka minda dan fikiran rakyat Malaysia terutamanya mahasiswa bersempena Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal berlangsung pada 5 Mei ini.

Pada wacana kali ini, menampilkan 3 panel dan seorang moderator yang terdiri daripada :

Moderator : Dr. Muhammad Izzudin Nadzif

Barisan Panel : –

1) Wakil Mahasiswa, Saudara Abdul Hadi Jusoh.

2) Wakil Ikatan Muslimin Malaysia Mesir, Saudara Ahmad Syamil Mohd Esa

3) Wakil Penyokong PAS, Saudara Muhammad Nazrul Abd. Nasir

Sungguhpun wakil Kelab UMNO Kaherah tidak dapat hadir akan tetapi sambutan pada hari tersebut amat menggalakkan. Kehadiran pada hari tersebut dijangka hampir 4000 orang yang hadir untuk mendengar hujah-hujah dan pandangan dari panel yang hadir. Kehadiran ini menunjukkan rakyat Malaysia celik politik dan cakna dengan isu semasa tanahair.

Pihak Gerakan SUARA Rakyat amatlah mengharapkan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia yang berada di Mesir Ardul Kinanah dalam menjayakan program yang SUARA anjurkan. SUARA juga amatlah mengharapkan komentar membina, cadangan serta idea yang bernas dari anda bagi memastikan SUARA sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa mendepani isu semasa dan politik tanahair.

Gerakan SUARA Rakyat Malaysia-Mesir mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran anda tempoh hari bagi memberi sokongan kepada SUARA menganjurkan program tersebut. Juga tidak dilupakan kepada pihak yang memberikan keizinan kepada SUARA menggunakan Dataran Kompleks Pelajar Malaysia Hayyu Asyir.

Sesungguhnya rakyat Malaysia pada hari ini inginkan perubahan dan pembaharuan dari segala aspek. Rakyat Malaysia juga sudah celik IT dan pandai membezakan dan mengkaji berita-berita yang benar dan yang batil. Marilah kita letakkan satu keazaman serta keberanian dalam memastikan kebenaran itu di atas dan kebatilan serta kemungkaran itu mesti dihapuskan.

“BERANI & BENAR”

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD FAIZAL ABDULLAH

Setiausaha Agung,

Gerakan SUARA Rakyat Malaysia-Mesir.

*Berikut dilampirkan gambar & rakaman penuh program.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita, Gambar, Program. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s