Laporan Kajiselidik Road Show Gerakan SUARA Rakyat

Kaherah,Mesir-Gerakan Suara Rakyat(SUARA) telah menjalankan road show menjelang PRU 13 hampir seluruh tempat di Mesir yang didiami rakyat Malaysia.

 

Antara pengisian yang telah dijalankan adalah :-

-Semakan Daftar Pemilih,

-Mengisi borang kaji selidik untuk culaan pengundi,

-Tayangan video berkaitan pilihanraya,

-Kuiz “Cakna Pilihanraya”,

-Cabutan Bertuah,

-Futsal Keamanan terbuka kepada ikhwah.

 

Kehadiran mahasiswa/wi yang amat menggalakkan, membuktikan mereka ingin mengetahui isu-isu berkaitan dengan Pengundi Tidak Hadir (PTH), undi pos dan isu semasa yang berkaitan dengan Malaysia. Road Show ini dijalankan selama 4 hari. Bermula pada tarikh 15 sehingga 21 Mac 2013. Antara tempat-tempat yang terlibat adalah seperti berikut:-

 

Tarikh

Tempat

15 Mac 2013

Sayyidah Zainab, Mansurah

16 Mac 2013

Dumyat, Iskandariah, Damanhur, Shoubro.

17 Mac 2013

Hayyu Asyir,

21 Mac 2013

Tanta, Zaqaziq

 

Namun terdapat tempat yang tidak dapat dijalankan kerana premis yang dipohon tidak diluluskan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat segelintir mahasiswa yang telah didaftarkan namanya  secara automatik. Berikut adalah hasil kaji selidik dari SUARA :-

 

Item

Jumlah

Peratusan

Bilangan Isi Borang Kaji Selidik

396

100%

Bilangan Sudah Daftar Pemilih

181

45.7%

Bilangan Tidak Daftar Pemilih

215

54.3%

Bilangan Sudah Daftar Pengundi Tidak Hadir

5

1.3%

Bilangan Tidak Daftar Pengundi Tidak Hadir

391

98.7%

Bilangan Setuju Pengundi Tidak Hadir

155

39%

Bilangan Tidak Setuju Pengundi Tidak Hadir

241

61%

Bilangan didaftarkan secara automatik

7

1.8%

 

Keterangan jumlah di atas :-

Bilangan Sudah Daftar Pemilih :

SUARA menyarankan anda yang layak mengundi untuk turun mengundi melalui PTH atau pulang mengundi di Malaysia.

 

 

Bilangan tidak Daftar Pemilih :

SUARA menyarankan anda supaya segera mendaftar sebagai pengundi/pemilih di tempat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Sungguhpun anda tidak layak untuk mengundi pada PRU13 ini, akan tetapi ia sebagai persediaan akan datang agar anda tidak ketinggalan untuk mengundi pada pilihanraya yang akan datang.

 

Bilangan Sudah Daftar Pengundi Tidak Hadir (PTH) :

SUARA menyarankan anda untuk turun mengundi di tempat mengundi yang akan diumumkan bagi pengundi luar negara pada tarikh yang telah diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

 

Bilangan Tidak Daftar Pengundi TIdak Hadir (PTH) :

SUARA menyarankan agar anda yang berkemampuan, untuk pulang mengundi di Malaysia.

 

Bilangan Setuju Pengundi Tidak Hadir (PTH) :

Sebahagian mahasiswa menyokong PTH / Undi Pos ini dijalankan di luar negara kerana, mereka merasakan satu peluang kepada mereka untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin.

Sungguhpun demikian, hasil pandangan mereka adalah seperti berikut :-

 

  1. Sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya  Malaysia (SPR) tunaikan tuntutan BERSIH yang lepas.
  2. Sekiranya pengiraan undi mesti dibuat ditempat mengundi (luar negara) bukan dikira di Malaysia (dikumpulkan di Malaysia kemudian baru dikira).
  3. Sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) berjanji dan menjamin Pilihanraya kali ini dijalankan secara telus.

 

Bilangan TIdak Setuju Pengundi Tidak Hadir (PTH) :

Sebahagian mahasiswa tidak menyokong PTH ini dijalankan di atas sebab-sebab berikut :-

 

  1. Pengiraan undi dikira di Malaysia bukan dikira ditempat undi.
  2. Masih meragui ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
  3. SPR masih tidak melaksanakan tuntutan BERSIH yang lepas.
  4. Laporan dan kajian Undi Pos yang lepas menunjukkan ketidak telusan dan undi tersebut telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Bilangan yang didaftarkan secara automatik :

SUARA amat kesal atas apa yang berlaku kepada pengundi yang didaftarkan secara automatik ini.

Aduan yang kami terima melibatkan pemilih yang didaftarkan tanpa pengetahuan mereka adalah dari pelbagai latarbelakang.

1) Pemilih merupakan pelajar diluar negara telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

2) Pemilih cukup umur telah di daftarkan tanpa pengetahuan mereka.

3) Orang dewasa yang tidak pernah mendaftar telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

Penghargaan dan harapan SUARA,

 

Pihak Gerakan SUARA Rakyat Malaysia-Mesir mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Roadshow pada kali ini. Terutamanya yang datang memberikan pandangan serta cadangan kepada pihak kami juga tidak dilupakan seluruh mahasiswa yang mengisi Borang Kaji Selidik yang dikeluarkan oleh pihak SUARA pada program tersebut.

 

Harapan dari pihak SUARA agar semua pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengambil berat akan aduan serta komentar dari rakyat. Tiada apa yang kami rakyat Malaysia mahu melainkan kami mengharapkan SPR menjadi badan berkanun yang adil dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan serta pengiktirafan yang diberikan oleh Yang Dipertuan Agung jangan disia-siakan.

 

Semoga Pilihanraya pada kali ini, dapat menjadi sejarah kepada kita dengan terpilihnya pemimpin yang adil dan amanah yang dipilih rakyat dalam melaksanakan pentadbiran negara dibawah naungan Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agung. Juga kami berharap berlaku pertukaran kepimpinan dengan aman dan semua pihak berwajib perlulah menjamin agar pilihanraya kali ini tidak menjejaskan keselamatan dan mengganggu kestabilan politik dan ekonomi negara.

 

Pilihanraya ini adalah satu proses demokrasi biasa bagi memilih pemimpin setempat, kawasan dan negara. Tidaklah dikatakan demokrasi sekiranya pilihanraya ini dimanipulasi dan dipergunakan dengan taktik kotor, ini boleh mencemar sistem demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia.

 

Kami dari Pihak Gerakan SUARA Rakyat Malaysia-Mesir ingin mengucapkan “Selamat Mengundi” pada Pilihanraya Umum kali ke13 yang akan diadakan nanti.

 

Firman Allah S.W.T. didalam Surah An-Nisa’, ayat 58 :-

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

 

“BERANI DAN BENAR”

 

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD FAIZAL ABDULLAH,

Setiausaha Agung,

Gerakan SUARA Rakyat Malaysia-Mesir.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s