Pilihanraya Umum ke-13 : Tolak Politik Kotor

Mohd Nur Afzan Ab Wahab

Gerakan Suara Rakyat Malaysia-Mesir (SUARA) ingin mengucapkan selamat mengundi bagi mereka yang layak mengundi pada pilihanraya umum kali ini. Selamat menunaikan kewajipan dalam memilih pemerintah yang bakal mencorak masa depan negara pada masa akan datang.

Berdasarkan pengumuman secara rasmi oleh Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia. Hari penamaan calon adalah pada 20 April 2013, Hari Pilihanraya ke 13 adalah pada Ahad, 5 Mei 2013. manakalan hari mengundi awal adalah pada 30 April 2013.

Di sini juga, SUARA  menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menolak politik fitnah, lucah , perkauman  dan politik samseng yang bertujuan memecah-belahkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam negara. Malahan ia  bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam. Politik dengan cara ini membawa ke arah kebencian dalam kalangan masyarakat.

Perbuatan tidak berintegriti  ini dilihat menjadi trend dari kalangan beberapa aktivis yang tidak bermoral bagi mempengaruhi rakyat dalam survival politik mereka. Itu adalah politik cara lapuk yang harus ditinggalkan. Seharusnya mereka perlu membawa politik hikmah atau bijaksana serta lebih menerangkan agenda dan gagasan yang dibawa.  SUARA juga mengharapkan ketelusan pihak SPR pada pilihanraya kali ini. Diharapkan pilihanraya kali ini tidak dicemari insiden yang tidak diingini termasuk hal berkaitan penipuan, salah laku dan yang seumpama dengannya.

Manfaatkan pilihanraya sebagai wasilah untuk memilih pemimpin yang telus dan amanah serta yang membawa keadilan kepada semua demi mempertahankan agama Islam selaras dengan elemen yang ada pada siyasah syariyyah. Selamat berkempen dan selamat mengundi. Selamat bertugas buat seluruh jentera-jentera parti yang bakal bertanding.  Undi kalian penentu masa depan diri anda, keluarga, masyarakat dan negara. Kalian punyai kuasa, punyai hak maka tunaikan tanggungjawab sebaiknya.

Berani & Benar

Mohd Nur Afzan bin Ab Wahab,

Presiden Gerakan Suara Rakyat (SUARA)

Sesi 2012/13

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s