PILIHAN RAYA DAN SEJARAHNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

     Pada tahun 1959, Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) telah mengadakan Pilihan Raya Umum Tanah Melayu untuk pertama kalinya selepas kemerdekaan, kemudian diteruskan hinggalah sekarang. Kawasan pilihan raya sentiasa akan berubah dari masa kesemasa disebabkan pertambahan penduduk.Sistem yang diamalkan sehingga kini dimalaysia, terdapat 222 kerusi   Dewan rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.

MANFAATNYA PILIHAN RAYA

1) Rakyat boleh memilih pemimpin yang mereka mahu tanpa mengikut politik kepartian tetapi mampu melaksanakan kerja memimpin mengikut syariat Islam.

2) Rakyat boleh mempelajari, memahami, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara.

3) Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pembangunan dikawasan mereka mengikut kesesuaian yang mereka   kehendaki.

4) Pegawai dan kakitangan mudah melaksanakan kerja dan dasar tanpa campur tangan kerajaan,budaya kroni dan pilih kasih akan beransur hilang.

5) Kerajaan pusat dan negeri dapat lebih menumpukan dasar masing-masing tanpa gangguan dan rungutan dari anasir luar.

6) Dana awam dijamin akan digunakan secara berhemah dan telus.

2 BENTUK PILIHANRAYA DI MALAYSIA

PILIHAN RAYA UMUM(General Election)

Diadakan 5 tahun sekali apabila tempoh matang dicapai. Boleh diadakan lebih awal dengan membubarkan Parlimen atau Dun.

PILIHAN RAYA KECIL( By-Election)

Tidak berjadual,diadakan pun mesti bersebab. Antaranya berlaku kekosongan kerusi wakil rakyat samada Dun atau Parlimen.

_8833704_orig

PILIHANRAYA UMUM KE-13

Berdasarkan maklumat-maklumat yang tersebar,semua telah tersedia maklum beberapa tarikh penting   berkenaan     pilihan raya umum telah pun dihantar ke pejabat peguam Negara untuk dipertimbangkan :

1. Bubar parlimen : 22 Februari 2013 ( Jumaat)

2. Penamaan calon : 16 Mac 2013 ( Sabtu )

3. Hari mengundi pilihan raya umum ke 13 : 30 Mac 2013 (Sabtu )

Fakta yang berkaitan dengan PRU 13 :

  • Pakatan hanya 5% di belakang BN

-Tinjauan ke atas 1,409 responden oleh Pusat Kajian Demokrasi dan   Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan BN       mempunyai peluang 42 peratus untuk mengekalkan Putrajaya,      manakala Pakatan mendapat 37 peratus peluang – dengan 21 peratus lagi”tidak pasti”.Selain itu, populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga kini pada tahap 54 peratus.

  • Calon bukan ISLAM guna lambang PAS

-Ketua Penenerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Majlis Syura telah membenarkan perkara tersebut dan PAS akan memilih calon yang sesuai untuk bertanding dari kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

  • Puluhan ‘hantu’ muncul di Bukit Gasing, Petaling Jaya

-Seorang pemilik rumah mendedahkan beliau menerima 28 surat daripada Barisan Nasional (BN) tanpa mengenali pengirim surat itu.Setelah dikaji, yang lebih mengejutkan lagi terdapat 37 nama orang tidak dikenali didaftar menggunakan alamat itu apabila disemak dalam daftar pemilih.Disitu jelas menunjukkan wujudnya motif politik.

BERANI & BENAR

Siti Najwa Md Zin

Naib Presiden,

Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) 2012/13

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s