Ambang PRU-13 : SUARA Konsisten Perjuang Ketelusan Pilihanraya

Di ambang Pilihanraya Umum Malaysia Ke-13(PRU-13), para mahasiswa di Ardhul Kinanah ini rata-ratanya keresahanan dan tertanya-tanya masa depan negara tercinta selepas Pilihanraya Umum ke 13. Sebahagiannya sudah sedia menyimpan wang sejak awal untuk pulang ke Malaysia pada bila-bila masa untuk menjadi salah seorang dari pengundi. Peperiksaan semester akhir yang hampir tiba juga meresahkan mahasiswa di Mesir yang berkemungkinan hampir dengan tarikh PRU-13 yang akan diumumkan nanti.

images

SUARA telah menerima laporan daripada sebahagian mahasiswa yang menjadi mangsa daftar undi automatik walaupun mereka belum pernah mendaftarkan diri di mana-mana tempat sebelum ini. Perkara ini sangat membimbangkan kerana manipulasi undi boleh dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah bertentangan dengan kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seperti yang dinyatakan menerusi laman web SPR yang mengeluarkan kenyataan berikut :

“Sistem pendaftaran pemilih yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah berdasarkan kepada alamat bermastautin yang tertera di dalam kad pengenalan dan disemak secara on-line dengan sistem ALIS yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). Kaedah pendaftaran ini membolehkan pemilih mengundi di kawasan mengikut alamat dalam kad pengenalan masing-masing. Dengan yang demikian, pada hari mengundi, pemilih sendiri tahu di mana tempat dia mengundi.

Jika sistem pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan, ini akan menimbulkan kesulitan kepada pemilih berdaftar yang tidak menukar atau mengemaskini alamatnya dalam Kad Pengenalan jika dia telah berpindah ke tempat lain. Pangkalan data di JPN akan menunjukkan pemilih itu menetap di sesuatu alamat sedangkan dia sebenarnya sudah berpindah tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN. Nama pemilih didaftarkan berasaskan alamat di JPN. Keadaan ini menyukarkan pemilih pada hari pengundian sekiranya pusat mengundinya terletak jauh daripada tempat kediamannya yang sebenar. ”

Kebimbangan mahasiswa di Mesir juga adalah kebimbangan kami di pihak SUARA. Sehubungan itu, satu Roadshow akan diadakan di bumi Mesir ini yang kami namakan ‘Roadshow Menjelang Pilihanraya Umum ke-13’ bagi menjawab segala persoalan yang bermain di benak fikiran mahasiswa berkaitan sekitar pilihanraya. Selain itu, Suara juga mengambil kira tugasan ini sebagai salah satu usaha sukarela membantu menggapai impian rakyat Malaysia yang mahukan ketelusan dan keadilan bagi memilih pemerintah dalam pilihanraya akan datang.

‘Roadshow Menjelang Pilihanraya Umum ke-13’ anjuran Gerakan Suara Rakyat(SUARA) adalah salah satu inisiatif bagi membantu mahasiswa yang berada di bumi Mesir ini bagi menyuarakan pandangan,luahan dan aduan dalam menyatakan kebenaran. Pihak SUARA dengan rasa tanggungjawab dan prihatin akan membantu seluruh mahasiswa bagi menyemak daftar pemilih, sama ada mereka yang pernah mendaftar sebagai pengundi mahupun tidak, selain memberi penjelasan tentang isu Pengundi Tidak Hadir (PTH) termasuk mereka yang telah didaftarkan sebagai pengundi secara automatik, juga memberi penerangan dan pendedahan berkaitan isu di Malaysia serta pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan. Aktiviti ini juga menjadi salahsatu objektif penubuhan SUARA iaitu menjadikan mahasiswa-mahasiswa di Mesir ini warga Malaysia yang cintakan negara dan sanggup berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.

     Program ini akan berada di beberapa zon yang ditetapkan. Ia akan bermula pada 15 Mac 2013 bertempat di Sayyidah Zainab dan seterusnya diikuti pada 16 Mac 2013 di Hayyu Sabie’ dan semua muhafazah di bumi Anbiya’ ini. Roadshow ini akan berakhir pada 17 Mac 2013 di Dataran Hayyu Asyir, Madinah Nasr Kaherah. Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan di hari terakhir seperti Futsal Keamanan, Cabutan Bertuah dan lain-lain lagi. Semua warga Malaysia yang berada di Mesir dijemput hadir bagi menunjukkan rasa cakna dan sayang kepada negara Malaysia tercinta. Suara amat mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Malaysia di Mesir.

Ke Arah Mahasiswa Celik Politik
BERANI DAN BENAR
Ahmad Muhsin
Ketua Biro RnD
Gerakan Suara Rakyat(SUARA)

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s