Takziah kepada AJK SUARA, Abdul Mannan dan ahli serumah

mannan

Hayyu Asyir, Madinat Nasr – Gerakan Suara Rakyat (SUARA) mengucapkan takziah dan simpati kepada Ahli Jawatankuasa SUARA, saudara Abdul Mannan dan rakan serumah beliau yang dimasuki pencuri tempoh hari.

Kejadian kecurian tersebut dilaporkan berlaku pada 25 Januari 2013 ketika semua mangsa tiada di rumah kerana menunaikan solat jumaat di masjid. Sewaktu kejadian makcik yang menjaga tangga bangunan berkenaan menyedari apabila perompak terbabit cuba melarikan diri dengan barang yang dicuri dan beliau cuba menghalang akan tetapi beliau telah dipukul oleh salah seorang dari tiga perompak terbabit.

Saudara Muhammad Faizal Abdullah dan Saudara Ammar Waris, telah mewakili SUARA ke tempat kejadian bagi menziarahi mangsa dan menyampaikan sumbangan kewangan dan sokongan moral kepada mangsa yang terlibat. Menurut laporan, mangsa baru pulang dari balai polis untuk membuat laporan kes. Mangsa telah memaklumkan jumlah kerugian hampir mencecah LE 20,000.

SUARA mendoakan agar seluruh mangsa dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Kejadian seperti ini sering berlaku semenjak muktahir ini kerana telah berlaku dua rumah pelajar Malaysia yang dirompak sebelum ini. Penduduk kawasan tersebut, menjangkakan perompak itu adalah orang yang sama kerana cara dan modus operandinya sama seperti sebelumnya.

Mannan

Kita perlu waspada dan berhati-hati selepas ini. Pihak yang bertanggungjawab perlulah mengusahakan penyelesaian yang sebaiknya agar tiada kejadian seperti ini berlaku kembali. Kita juga perlu menggembleng tenaga bersama-sama pihak berkuasa dalam membanteras isu jenayah yang semakin berleluasa di kawasan penempatan pelajar Malaysia.

Firman Allah SWT yang bermaksud :  ”Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”  156 : Al Baqarah.

Muhammad Faizal Abdullah

Setiausaha Agung SUARA  2012/2013

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s