ISU SAUDARI BAWANI: SUARA MELAHIRKAN KEKESALAN

Kita telah digemparkan dengan apa yang berlaku di Universiti Utara Malaysia(UUM) melalui sebaran video di media-media elektronik. Peristiwa di mana Saudari Bawani, mahasiswi Jurusan Undang-undang universiti berkenaan  dinafikan hak untuk bercakap dan menyuarakan pandangan di dalam satu forum “Seiringkah Mahasiswa dan Politik.”

Di dalam forum tersebut, saudari Bawani menyuarakan pendapat beliau tentang pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat dan menyatakan ketidaksetujuaan beliau tentang beberapa perkara, namun dihalang oleh moderatornya Puan Sharifah Zohra Jabeen yang merupakan  Presiden Suara Wanita 1 Malaysia(SW1M).

Puan Sharifah yang hanya jemputan dalam forum tersebut bertindak menarik mikrofon  ketika Saudari Bawani sedang berhujah dan memaksa saudari Bawani mendengar percakapannya dengan mengulang perkataan ‘LISTEN’ sebanyak sepuluh kali. Peristiwa ini sangat memalukan pelajar tersebut di hadapan hampir 2300 mahasiswa yang lain di dalam dewan.

Apa yang dilakukan oleh Puan Sharifah ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada kita bahawa mahasiswa masih belum bebas untuk menyuarakan pendapat, memberi  idea dan bertindak. Kongkongan yang dilakukan kepada mahasiswa adalah tindakan yang sangat tidak demokratik dalam keadaan Malaysia merupakan negara demokrasi . Bahkan hak bersuara telah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia di dalam Perkara 10 (1) (a) yang menyebut “tiap-tiap warga negara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara”

Peristiwa ini telah membuka mata ramai pihak mengenai budaya ‘pembodohan mahasiswa’ yang berlaku di mana-mana universiti termasuk di Mesir. Budaya ugutan kepada pihak yang dianggap ‘tidak sebulu’ dengan kerajaan sering berlaku. Mahasiswa dipaksa menutup mulut dengan kecurangan yang dilakukan pemerintah walaupun dengan fakta yang tepat. Sebaliknya kumpulan yang menyokong kerajaan dilayan baik seperti ‘anak emas’. Ini sedikit sebanyak akan melahirkan mahasiswa pengampu dan terperuk dengan pemikiran penakut dan tidak berjiwa mahasiswa sejati.

Mahasiswa bukanlah kayu dan batu yang perlu akur dengan segala perkara. Mahasiswa yang berkualiti adalah mahasiswa yang mampu berfikir dengan bebas tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak. Segala fakta yang dikemukan mestilah dijawab dengan fakta, bukan semata-mata janji material yang sekadar ‘menutup mulut’.  Mahasiswa era ini telah matang dan pandai menilai yang mana baik dan buruk melalui fakta. Segala penipuan tidak akan diterima sama sekali oleh mahasiswa.

Justeru itu, Gerakan Suara Rakyat Malaysia-Mesir(SUARA) melahirkan kekesalan atas apa yang berlaku ini seterusnya menyokong tindakan dilakukan saudari Bawani yang berani menyatakan kebenaran dan tidak bersetuju dengan tindakan tidak demokratik Puan Sharifah Zohra Jabeen yang menghalang Saudari Bawani dari mengemukakan hujah. SUARA juga mendesak Puan Sharifah memohon maaf kepada saudari Bawani dan seluruh Mahasiswa di atas kesalahan beliau.

‘BERANI & BENAR’               

Mohd Faizal bin Jaafar

Timbalan Presiden SUARA

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to ISU SAUDARI BAWANI: SUARA MELAHIRKAN KEKESALAN

  1. Selva says:

    Semua orang ada hak untuk berucap. Hidup Bawani.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s