Tahniah HKR #KL112

Semalam adalah sejarah, hari ini adalah anugerah dan esok adalah harapan. Itulah ungkapan terbaik bagi Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang berlangsung semalam. Ratusan ribu termasuk 60 peratus daripada peserta himpunan ialah anak muda yang bangkit menyuarakan tuntutan selaku rakyat kepada kerajaan pemerintah berdasarkan kesedaran dan keinginan cita-cita bagi mengembalikan demokrasi yang telus dan adil dalam cita-cita mereka yang ingin memartabatkan Islam.

Tahniah kepada mereka yang hadir ke HKR #KL112. Himpunan ini bermula dengan aman, dan berakhir juga dengan aman. SUARA melihat keadaan dan suasana ini berlaku akibat tiada sebarang unsur provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab, tiada sebarang simbahan padu water canon, curahan asid yang menggatalkan kulit, tiada berterbangan canister yang memusnahkan pernafasan dan memedihkan mata para demonstran, tiada suasana huru-hara yang ditimbulkan SB yang menyelinap masuk dikalangan demonstran seperti yang berlaku di dalam beberapa siri perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur sebelum ini. HKR-112

Terbukti dengan realiti bahawasanya inilah bentuk perhimpunan yang aman yang ingin dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat selama ini. Acuan yang dibentuk dengan Islam akan menghasilkan jiwa-jiwa yang suci murni dan bersemangat luhur di dalam diri para pejuang keadilan yang menolak penindasan dan kezaliman terhadap rakyat. Hanya mereka yang tamakkan kuasa yang takut dengan kebenaran!

Tahniah kepada rakyat Malaysia seluruhnya juga masing-masing dari kedua-dua belah pihak bertindak rasional juga tidak dinafikan kerjasama yang baik dari pihak berkuasa seperti PDRM, DBKL dan pengurusan Stadium Merdeka. PDRM terutamanya telah menjalankan tugas demi keamanan sejagat. Rakyat yang hadir berhimpun juga membuktikan mereka dengan rasa penuh tanggungjawab menyatakan aspirasi mereka untuk membawa perubahan ke arah masa depan negara yang lebih baik. Satu perkembangan positif bagi politik tanahair hari ini.

Semoga tiada lagi usaha menakut-nakutkan, dan memburuk-burukkan perhimpunan, menyekat aktiviti lain berkaitan politik yang berbeza pandangan dengan parti pemerintah. Buktikan demokrasi Malaysia matang!

Begitu pun, semalam rakyat Malaysia di Mesir sekali lagi dikejutkan dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 di Mesir walaupun telah diberikan peringatan dan ancaman oleh pihak KBMK. Himpunan diluar penganjuran Gerakan Suara Rakyat (SUARA) kali ini sekali lagi dilakukan oleh kumpulan mahasiswa yang benar-benar bersemangat dan berani menyatakan kebersamaan mereka dengan HKR KL112 yang berlangsung di Stadium Merdeka hari ini.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kelompok ini membuktikan mahasiswa sentiasa inginkan perubahan di dalam negara. Biarpun diugut dengan pelbagai ancaman, ia bukanlah penghalang bagi mereka menunjukkan sokongan kepada HKR112. Ibarat air yang disekat pengalirannya, akan melimpah ke tepi, dan apabila disekat di tepi, akhirnya air tersebut akan melimpah ke atas. Inilah perjuangan Islam yang sebenarnya, biar pun disekat satu pihak maka akan ada pihak yang lain bangkit menggantikan tempat itu kerana kebenaran tidak akan terpadam dek kebatilan.

SUARA mengucapkan sekalung tahniah kepada rakyat Malaysia di Mesir atas perhimpunan ini. Selaku sebuah medium utama atau lidah rasmi rakyat Malaysia di luar negara bagi menyuarakan segala idea dan buah fikiran warga Malaysia di mesir sekali lagi memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat menyempurnakan tuntutan bagi mengadakan perhimpunan pada kali ini kerana faktor-faktor yang semua sedia maklum.

Sekian,

Presiden SUARA 2012/2013

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Berita, Dari Blog Pilihan, Gambar, Ilmiah, Info, Program, Suara Rakyat, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s