Pertemuan Gerakan Suara Rakyat (SUARA) Bersama KBMK dan EME

IMG-20130110-WA000310 JANUARI 2013, KAHERAH – Gerakan Suara Rakyat(SUARA) telah menghadiri satu pertemuan bersama Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) di Kedutaan Besar Malaysia, Mohandisin. SUARA telah diwakili oleh Presiden SUARA, Saudara Mohd Nur Afzan bin Ab Wahab dan Timbalan Presiden SUARA ,Saudara Mohd Faizal bin Jaafar.

Biar pun pertemuan ini tidak dimaklumkan persatuan-persatuan yang dijemput dan agenda perbincangan sejak awal, SUARA menjangkakan ianya adalah pertemuan dengan semua persatuan-persatuan pelajar di Mesir. Akan tetapi, amat mengecewakan bilamana yang hadir hanyalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Gerakan Suara Rakyat (SUARA).

Persatuan-persatuan lain tidak dipanggil seperti IKRAM,ISMA, KELAB UMNO dan juga Badan-badan Kebajikan Pelajar Negeri yang lain. Seperti yang dimaklumi, SUARA dan PMRAM mempunyai hala tuju yang berbeza. Namun begitu, SUARA dapat menjangkakan bahawa pertemuan ini adalah mengenai isu Himpunan Kebangkitan Rakyat(HKR #KL112) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013.

Perhimpunan yang akan dijalankan di Stadium Merdeka itu telah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk dilaksanakan.

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) melalui Tuan Yang Terutama (TYT) Dato’ Dr. Fakhruddin Abdul Mokti, Duta Besar Malaysia ke Mesir mendesak supaya warga Malaysia di Mesir tidak mengadakan sebarang perhimpunan pada hari tersebut. Ini adalah rentetan terhadap apa yang berlaku pada BERSIH 2.0 yang lalu, di mana seorang pelajar Darul Ifta’ Misriyah, Saudara Mohd Firdaus bin Madzlan yang merupakan Presiden SUARA ketika itu dibuang pengajian kerana menyertai perhimpunan tersebut. Saudara Firdaus yang pada ketika itu hampir menamatkan pengajian, telah dinafikan sijil pengajian beliau.

Sehubungan dengan itu, pihak Kedutaan juga memberi ancaman kepada mana-mana individu yang menyertai HKR #KL112 agar tidak menyertai perhimpunan tersebut jika tidak mahu dibuang pengajian seperti Saudara Mohd Firdaus Madzlan. Sekiranya diadakan juga Rapat Umum pada tarikh tersebut, maka gambar dan nama akan diambil dan akan dihantar oleh pihak kedutaan kepada Pejabat Sheikh Al-Azhar sepertimana yang telah dilakukan kepada Saudara Mohd Firdaus Madzlan.

Antara lain yang menjadi mangsa BERSIH 2.0 ialah pelajar-pelajar Terengganu yang ditarik pinjaman Yayasan Terengganu walaupun kesemua pelajar tersebut dari keluarga yang tidak mampu.

Pihak KBMK berkali-kali mengingatkan kepada pihak SUARA supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan pada tarikh 12 Januari 2013. Mereka juga menyatakan kesediaan untuk turun bersama ke program SUARA sama ada  program berbentuk ceramah umum oleh pimpinan Malaysia, UMNO mahupun PAS. Pihak KBMK dan EME juga menyambut baik cadangan dari pihak SUARA untuk mengadakan program yang berbentuk wacana, pidato yang melibatkan seluruh pimpinan-pimpinan persatuan pelajar Malaysia di Mesir.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam itu menyaksikan taklimat daripada TYT Dato’ Fakhruddin Abdul Mukti, Duta Besar Malaysia ke Mesir bercakap mengenai demokrasi di Malaysia, sokongan kepada bangsa Melayu dan isu-isu yang berbangkit di tanahair sejak mutakhir ini seperti ; pembangkang adalah Khawarij, asal demonstrasi adalah mengikut kebangkitan Iran dan sebagainya selain isu-isu kebajikan dan pendidikan pelajar yang dibincangkan bersama PMRAM.

Setelah meneliti kesan yang bakal dihadapi oleh para pendokong demokrasi yang telus dan adil berdepan dengan ugutan dan ancaman juga situasi peperiksaan yang sedang berlangsung di Mesir ketika  ini,  SUARA merasa amat kecewa kerana tidak dapat menganjurkan tuntutan untuk mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat(HKR #KL112) pada 12 Januari ini.

SUARA dengan ini berharap semoga mahasiswa dan rakyat Malaysia di Mesir terus bangkit memperjuangkan demokrasi yang matang, telus dan adil. Juga HKR KL112 yang berlangsung di Malaysia dan seluruh dunia dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang unsur-unsur provokasi mahupun sabotaj daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sekian,

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Berita, Dari Blog Pilihan, Gambar, Ilmiah, Info, Program, Suara Rakyat, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s