Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 : SUARA Turut Nyata Sokongan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين

Firman Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quranul Karim,

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها وإذا حكمتم بين النّاس أن تحكموا بالعدل إنّ الله نعمّ يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Surah An-Nisaa :58)

Keadilan dalam dasar sesebuah pemerintahan tidak tertumpu dari sudut penyempurnaan hak rakyat yang bersifat material semata malahan ia dilihat melalui cerapan yang lebih luas. Ia termasuklah kebebasan bersuara yang merangkumi hak mencari maklumat dan idea,hak memilih maklumat dan idea dan hak menyebarkan maklumat dan idea.

Saranan konstruktif yang bersifat kreatif dan inovatif hasil inisiatif rakyat meliputi kepelbagaian bidang samada pentadbiran,ekonomi, pendidikan dan undang-undang perlu dipandang murni dan penelitian yang adil oleh sang pemerintah bukannya dilihat sebagai tujuan untuk menjatuhkan kerajaan dan pemerintahan.

Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112 yang akan menghimpunkan ratusan ribu atau mungkin jutaan rakyat yang akan kembali menggegarkan ibukota Kuala Lumpur untuk menyatukan suara hati rakyat. Sasaran 1 juta rakyat bagi menyatakan pandangan yang telah lama tersemat dan terpendam di dalam sebuah negara ‘demokrasi’  bagi menuntut hak-hak berikut yang masih belum dilunaskan oleh pihak kerajaan dan pihak berwajib termasuk SPR, Felda dan lain-lain. :-

1. Pilihanraya yang BERSIH dan adil.
2. Royalti Hak Rakyat.
3. Selamatkan FELDA.
4. Stop LYNAS.

Kini, kehangatan turut dirasai rakyat Malaysia termasuk anak muda mahasiswa dan mahasiswi di bumi Kinanah, bumi suci Anbiya’. Rakyat Malaysia di Mesir sebelum ini beberapa kali berhimpun menyatakan bahawa mereka satu suara, satu hati bersama rakyat Malaysia dalam BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, dan yang terbaru kumpulan anak-anak Kelantan di Mesir telah mengadakan himpunan menuntut Royalti Hak Rakyat Kelantan.

Sabda Rasulullah S.A.W. :-”setiap dari kamu adalah pemimpin, dan kamu akan dipertanggungjawabkan apa yang kamu pimpin.”

Rakyat Malaysia walaupun berada di luar negara yang cintakan negara, cintakan kedamaian akan menggunakan apa juga cara yang mereka mampu lakukan sebagai pandangan menuntut pemerintah menunaikan hak dan amanah kepada rakyat. Pemerintah ‘mesti’ mengutamakan kepentingan rakyat dari kepentingan sendiri. Rakyat adalah amanah Allah kepada pemerintah dan seharusnya pemerintah lebih berhati-hati dalam setiap tindakan agar tidak dinilai sebagai golongan yang zalim dan melakukan penindasan terhadap rakyat.

Firman Allah S.W.T. Surah An-Nahl, 90
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”

Gerakan Suara Rakyat (SUARA) yang bergerak secara sukarela menyatakan suara rakyat, serta selaku pihak yang mendokong cita-cita memartabatkan Islam dan keadilan sejagat dengan jelas menyatakan sokongan terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR #KL112. Himpunan yang mensasarkan 1 juta rakyat tersebut merupakan himpunan kemuncak bagi beberapa himpunan yang telah diadakan di seluruh negara bagi menuntut pilihan raya yang bersih dilaksanakan termasuk beberapa agenda seperti tuntutan royalti dan sebagainya.

Wallahu A’lam,

BERANI & BENAR

Mohd Nur Afzan bin Ab Wahab

Presiden SUARA 2012/2013

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s