Takziah Kepada Setiausaha Agong SUARA dan Rakan Serumah

Shibin El-Kom – Gerakan Suara Rakyat (SUARA) mengucapkan takziah dan simpati di atas kejadian kebakaran yang menimpa rumah Setiausaha Agong SUARA, saudara Mohd Faizal Abdullah  dan rakan serumah beliau.


Kejadian kebakaran tersebut dilaporkan berlaku pada 5 November 2012 ketika semua mangsa tiada di rumah kerana menghadiri program Konvensyen Ilmuwan dan Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2012 di Kaherah.anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir di Kaherah.

Kesemua mangsa yang merupakan mahasiswa di Universiti Al-Azhar cawangan Shibin El-Kom hanya menyedari kejadian tersebut selepas 5 hari kebakaran tersebut apabila salah seorang daripada rakan serumah mangsa, Ahmad Faizal bin Ishak pulang ke rumah. Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas. Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :  “Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”  156 : Al Baqarah.

Saudara Mohd Faizal Jaafar, telah mewakili SUARA ke tempat kejadian siang tadi bagi meziarahi mangsa dan menyampaikan sumbangan kewangan dan sokongan moral kepada mangsa yang terlibat. Menurut laporan mangsa telah dikunjungi wakil PMRAM, BKAN yang terlibat dari Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM), Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan juga Encik Nik Hamdi, pegawai HEP Kelantan Mesir.

SUARA mendoakan agar segala urusan seluruh mangsa dipermudahkan dan dapat diselesaikan secepat mungkin bagi memudahkan urusan mereka untuk hadir ke kuliah yang semakin rancak bagi sesi pengajian musim sejuk. Mangsa-mangsa dipindahkan ke rumah mahasiswa yang lain buat sementara waktu.

Mohd Nur Afzan bin  Ab Wahab
Presiden SUARA 2012/2013

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita, Gambar, Info. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s