Munajat Perdana & Ceramah Isu Semasa bersama PAS Malaysia

30 OKT 2012, Kaherah: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) telah mengadakan program Munajat Perdana & Ceramah Isu Semasa bersama kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat. Program kali ini menampilkan 4 orang panelis yang terdiri daripada :

1) Al-Fadhil Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS merangkap Ketua Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat.
2) Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia
3) Al-Fadhilah Ustazah Nuridah Mohd Salleh Timbalan 2 Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.
4) Encik N.Bala Subramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kebangsaan merangkap Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Pahang Darul Makmur.

Julung kalinya, SUARA dapat menampilkan non-Muslim sebagai salah seorang panelis pada program kali ini. Ceramah yang disampaikan oleh semua ahli panel tersebut telah menarik minat pengunjung yang hadir pada malam tersebut antaranya penerangan mengenai Tahaluf Siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat, Isu Hukum Hudud dan banyak lagi. Turut hadir pada program tersebut ialah rombongan PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program kali ini berjaya mengutip Dana Pilihanraya Umum melebihi LE50,000 dengan jumlah pengunjung yang hadir melebihi 2000 orang. Pada program kali juga dilancarkan Ekspresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya oleh Al-Fadhil Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Lajnah Penerangan PAS Malaysia.

Pihak SUARA mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua rakyat Malaysia terutamanya mahasiswa yang hadir pada program tempoh hari. Tidak dilupakan juga, panel penceramah yang hadir memberi semangat dan taujihat serta berkongsi pengalaman bersama rakyat Malaysia di bumi Mesir bertuah ini. SUARA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui pegawainya kerana memberikan keizinan kepada SUARA menjalankan program di Dataran Kompleks Hayyu Asyir.

SUARA amat berbesar hati dengan kehadiran pengunjung yang amat menggalakkan membanjiri dataran tanda sokongan rakyat Malaysia disini. Kedatangan tetamu ke Mesir kali ini juga adalah diluar jangkaan oleh pihak SUARA, dalam masa yang sama juga SUARA baru mendapat Presidennya yang ke-5 iaitu Saudara Ustaz Mohd Nur Afzan AB Wahab melalui rombakan organisasi SUARA selepas kepulangan presiden yang lepas Saudara Ustaz Nuruddin Zinki. Semoga SUARA terus bergerak maju kehadapan di arena mahasiswa Mesir ini dibawah kepimpinan beliau.

Di akhir program tersebut, seluruh pengunjung yang hadir dapat meluangkan masa bersalaman dan bergambar bersama tetamu.

Muhammad Faizal Abdullah,

Setiausaha Agong SUARA 2012/2013.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita, Program. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s