Mahasiswa diperalat: SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM, BKPJM -Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

Walaupun peristiwa malang itu sudah hampir seminggu berlalu namun berbagai reaksi masih diperolehi. Sumber yang kuat diperolehi kedapatan di antara ibu bapa mahasiswa mengecam tindakan tersebut. Ini kerana anak mereka telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Sehingga kini kita masih belum mendapat apa-apa kenyataan daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap pengeksploitasian agenda dan gambar tersebut.Pihak SUARA masih menunggu kenyataan balas secara rasmi berhubung isu ini daripada Encik Husni Bin Tamrin selaku Pegawai HEP Johor, Encik Khairi Jalaluddin selaku wakil Education Malaysia Of Egypt (EME).

SUARA juga mengalu-alukan tindakan rasmi daripada pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Mesir (BKPJM) bagi menyelesaikan masalah ini.

Pihak SUARA sekali lagi menyeru kepada seluruh mahasiswa mahasiswi agar mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memperalatkan mahasiswa demi kepentingan mereka.

Faizal bin Jaafar
Naib Presiden,
Gerakan Suara Rakyat (SUARA) 2012

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s