SUARA hargai keseriusan mahasiswa Mesir jayakan BERSIH 3.0.-Presiden

20 April 2012-Melihat kepada perkembangan terkini sejurus selepas diumumkan pembatalan serta merta program diambang BERSIH 3.0 anjuran Gerakan Suara Rakyat (SUARA) di dataran baru-baru ini,pihak SUARA mendapat berbagai respon daripada mahasiswa.

Respon yang diperolehi oleh pihak SUARA samada melalui panggilan telefon mahupun melalui laman utama SUARA,kebanyakannya bernada kecewa. Ini terbukti apabila beberapa individu yang menghubungi secara langsung presiden dan pengarah program memohon agar pihak SUARA mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat iaitu membatalkan program futsal dan ceramah umum pada 18 April baru-baru ini.

Sebagai makluman kepada seluruh mahasiswa mahasiswi,penyertaan kumpulan bagi permainan futsal baru-baru ini melebihi jumlah penyertaan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Saudara Mohd Akmal Ali yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pertandingan ini menyatakan, selepas 2 hari iklan SUARA diumumkan penyertaan pasukan futsal sudah mencecah 5 pasukan. Menjelang sehari sebelum pertandingan itu berlangsung kedapatan permintaan kepada pihak penganjur agar menambah jumlah penyertaan. Apa yang menarik mahasiswa yang berada di cawangan (muhafazah) juga turut berhasrat untuk menyertainya walaupun sebagai penonton.

Pihak SUARA mendapat maklumat terdapat beberapa cawangan yang menyediakan pengangkutan khusus untuk membawa mahasiswa mahasiswinya ke Kaherah untuk menyertai program yang dianjurkan oleh pihak SUARA pada hari tersebut. Belum sempat mereka sampai ke ibu kota pada keesokan harinya untuk menyertai diambang BERSIH 3.0 di Dataran Rumah Melayu, Syeksen 10, Presiden telah mengeluarkan kenyataan membatalkan program tersebut. Program diambang BERSIH 3.0 anjuran SUARA ini dibatalkan atas sebab tertentu antaranya menerusi kenyaataan TYT Dato’ Duta yang mengugut mana-mana mahasiswa yang menganjur dan menjayakannya akan dilucutkan dari Institusi Al-Azhar.

Kenyataan TYT Dato’ Duta ini dibuat beralasankan bahawa Pihak Al-Azhar tidak membenarkan mana-mana mahasiswanya menyertai politik. Bagi pihak SUARA kenyataan ini begitu dangkal dan bersifat “Double Standard”, ini kerana program SUARA dilihat berunsur politik dan kepartian sedangkan dalam masa yang sama pihak kedutaan mahupun Education Malaysia Of Egypt (EME) seolah memejamkan mata dengan kewujudan Kelab Nadi UMNO Mesir. Bahkan memberi sebarang kemudahan kepada kelab tersebut termasuklah kelayakan berdaftar dan pejabat mereka di Rabaah.

Presiden SUARA sendiri dihubungi oleh beberapa rakyat Malaysia di Mesir yang bukan pelajar menyatakan kesediaan mereka untuk mengadakan aktiviti sendiri melalui kelompok mereka untuk menjayakan BERSIH 3.0 pada 28 April ini walaupun tanpa penganjuran daripada pihak SUARA. Baru-baru ini kenyataan berani melalui laman utama Facebook SUARA yang dikeluarkan oleh Kami Anak Perak Prihatin yang turut menyatakan kekesalan mereka secara terbuka. Terdapat juga cadangan kepada pihak SUARA agar menganjurkan himpunan bantahan beramai-ramai di hadapan pejabat kedutaan berikutan kenyataan dangkal TYT Dato’ Duta terhadap isu 42000 warga asing yang dinaik taraf kerakyatan.

Apa yang lebih membimbangkan kedengaran beberapa kelompok mahasiswa secara serius untuk tetap menjayakan BERSIH 3.0 di Mesir walaupun bukan di bawah penganjuran SUARA. Kebanyakan reaksi sebegini timbul berikutan kenyataan TYT Dato’ Duta yang dilihat tidak bersikap profesional dan matang dalam mendekati isu ini bahkan memahami konteks sebenar dalam aspek undang-undang dan demokrasi berparlimen.

Presiden SUARA jga memaklumkan ada beberapa permintaan menerusi mesej yang diperolehi oleh mahasiswa di Mesir dan rakyat Malaysia agar menyediakan satu memorandum untuk diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertua Agong mengenai kenyataan TYT Dato’ Duta yang menganggap isu menaik taraf kerakyatan kepada warga asing ini sebagai satu usaha yang menguntungkan orang melayu. Pihak SUARA beberapa kali menyatakan kekesalan terhadap kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu, bahkan Presiden sendiri melalui kenyataan beliau:

” Bukan itu cara yang terbaik untuk menaikkan martabat orang melayu apatah lagi dimata bangsa bukan melayu. Saya melihat jika usaha menaik taraf kerakyatan ini berterusan dan tidak ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan akan timbul pertikaian dan akan menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara melalui berbagai saluran di masa akan datang.

Apa yang lebih merugikan jika perbuatan ini diteruskan, atas alasan demi kepentingan melayu,saya tidak melihat itu satu peluang pendekatan untuk Islam mudah didekati dan difahami oleh orang bukan Islam melalui kekuatan melayu yang tidak digerakkan melalui tuntutan dan nilai Islam yang sebenar”.Kenyataan Presiden
kepada ahli Majlis Tertinggi SUARA dalam mesyuaratnya baru-baru ini.

Pihak SUARA sekali lagi memohon ribuan kemaafan kepada seluruh mahasiswa mahasiswi di atas pembatalan program diambang BERSIH 3.0 baru-baru ini. Secara umumnya pihak SUARA telah meneliti beberapa perkara termasuk pertimbangan yang serius melibatkan kepentingan dan kemudaratan (masolih wal mafsadah) terhadap kelangsungan idealisma perjuangan yang perlu diterapkan oleh mahasiswa mahasiswi veteran terhadap mahasiswa mahasiswi baru di Perlembahan Nil ini.

Diharap kepada semua pendokong cita-cita Islam dan keadilan sejagat bersabar di atas ketetapan yang telah diputuskan oleh pihak SUARA

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Berita, Info. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s