Program SUARA hari ini dibatalkan serta merta -Presiden SUARA

Rabu,18 April 2012 : Sekitar jam 10:15 pagi semalam, pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) yang diwakili oleh Presiden bersama 2 orang jawatankuasanya telah pun menghadiri satu pertemuan bersama TYT Dato’ Duta di bawah anjuran pihak Education Malaysia Of Egypt (EME). Selain daripada SUARA terdapat beberapa wakil lain yang turut terlibat di antaranya ialah Kelab Nadi Umno Mesir, Pertubuhan IKRAM, Persatuan PMRAM, Persatuan Pelajar Perubatan Mesir, dan seluruh wakil persatuan anak negeri.

Pertemuan yang berlangsung sekitar 4 jam bertempat di Asrama Rumah Melayu Abbasiyah (ARMA) itu telah menghasilkan beberapa ketetapan dari pihak TYT Dato’ Duta khusus berkenaan dengan penganjuran BERSIH 3.0 di Mesir.

Di antara kenyataan TYT Dato’ Duta adalah seperti berikut :

1. Sheikhul Al-Azhar tidak sama sekali membenarkan mana-mana mahasiswanya berpolitik.

2. Jika pihak SUARA tetap ingin menganjurkan program BERSIH 3.0,maka pihak kedutaan tidak teragak-agak untuk menyerahkan kesemua nama-nama yang telah disenarai hitamkan sebelum ini kepada pihak Al-Azhar.

3. Kesemua mereka yang terlibat dalam menganjur dan menjayakan BERSIH 3.0 akan dihadapkan ke pihak Al-Azhar untuk diambil tindakan dibuang daripada institusi pengajian Al-Azhar.

Merujuk kepada perkara- perkara di atas, maka pihak SUARA telah sebulat suara memutuskan untuk membatalkan serta merta sebarang aktiviti penganjuran BERSIH 3.0 sebagimana yang dijadualkan akan berlangsung pada hari ini. Keputusan ini dibuat setelah meneliti beberapa perkara yang menjurus kepada isu-isu keselamatan dan kepentingan mahasiswa mahasiswi di institusi Al- Azhar.

Oleh yang demikian pihak SUARA menyeru kepada seluruh mahasiswa yang berhasrat untuk menjayakan program BERSIH 3.0 pada hari ini agar menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

Di samping itu pihak SUARA turut melahirkan kekesalan di atas beberapa reaksi yang tidak bersungguh oleh pihak TYT Dato’ Duta, berhubung beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak SUARA dalam pertemuan tersebut. Lebih mengecewakan apabila isu dakwaan seramai 42000 orang warga asing yang diberi hak taraf kerakyatan bagi melayakkan mereka untuk mengundi pada pilihanraya umum ke 13, dilihat sebagai isu biasa bahkan ia memberi keuntungan terhadap bangsa melayu.

Kenyataan songsang ini, seolah-olah bukanlah menjadi satu kesalahan jika benar dakwaan tentang wujudnya “Task Force” yang sewenang-wenangnya memberi taraf kerakyatan kepada warga asing demi kepentingan pihak tertentu. Banyak isu yang telah dibangkitkan oleh pihak SUARA tidak dijawab dengan sempurna oleh pihak kedutaan termasuklah isu yang berkait dengan ketenteraman awam.

Pihak SUARA sekali lagi memohon maaf kepada seluruh mahasiswa mahasiswi yang mendokong demokrasi yang telus dan adil kerana terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan sebarang aktiviti BERSIH 3.0 pada hari ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada seluruh mahasiswa yang telah bersedia pada asalnya untuk menjayakan program tersebut. Diharap kepada semua mahasiswa mahasiswi dapat mematuhi arahan yang telah diputuskan oleh pihak SUARA. Ingatlah kegagalan kita pada hari ini dengan sebab menegakkan kebenaran bukanlah penentu kepada kegagalan yang berterusan pada hari esok.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Berita, Info, Program. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s