BERSIH 3.0 MESIR DIBATAL BUKTI KEBEBASAN MAHASISWA MASIH DIBELENGGU-Timbalan Presiden

Hari Ini, Presiden Gerakan Suara Rakyat (SUARA) Saudara Nuruddin Zanki Hamzah telah mengeluarkan kenyataan pembatalan program DUDUK-STUDY-BANTAH yang bakal berlangsung petang ini. Keputusan ini terpaksa dibuat rentetan pertemuan bersama TYT Dato Duta semalam yang mengancam untuk menagmbil tindakan atas sebarang penganjuran dan penglibatan mahasiswa dalam isu BERSIH 3.0. Persoalannya, mengapa kebebasan mahasiswa selaku rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kedamaian disekat? Adakah mahasiswa Mesir dikawal ketat dari menyuarakan hasrat menuntut pembentukan negara Malaysia yang lebih bersih dan harmoni? Lalu apakah peranan mahasiswa kepada Malaysia dalam isu terbesar musim ini iaitu pemilihan kepimpinan negara?

Saya yakin dan percaya pihak TYT Dato Duta pasti menggunakan alasan yang sama iaitu mahasiswa tidak boleh terlibat dalam politik. Sebaliknya sumbangan terbesar kepada negara hanyalah semata-mata kecemerlangan dalam akademik. Lalu apakah status Kelab Nadi UMNO yang sudah terang lagi bersuluh ditubuhkan atas agenda politik kepartian untuk membina pelapis UMNO di Malaysia kelak?

Ingin saya utarakan kembali isu pembuangan Saudara Mohd Firdaus Madzlan pada tahun lepas ekoran penglibatan langsung beliau selaku Presiden SUARA 2011 yang menganjurkan BERSIH 2.0. Tangan-tangan yang bertindak menyekat pengajian beliau lansung tidak bertanggungjawab sehingga saat ini. Kebajikan beliau langsung tidak dipertahankan oleh mana-mana pihak berautoriti malah masih menunding jari dan berselindung atas nama pentadbiran Al-Azhar. Lalu apakah ugutan membuang universiti yang ingin dikotakan oleh TYT Dato Duta kepada peserta BERSIH 3.0 membuktikan pihak KBMK terlibat secara langsung dalam kes pembuangan Saudara Firdaus dahulu?

Persoalan-persoalan ini saya sengaja timbulkan agar mahasiswa celik mata, siapa sebenarnya yang berpolitik sekarang? Saya selaku rakyat Malaysia di Mesir tetap menyokong agenda BERSIH 3.0 kali ini walau apapun berlaku. Saya yakin, tuntutan BERSIH 3.0 hanyalah untuk memastikan Malaysia menjadi negara yang harmoni dan adil dalam pemilihan kepimpinan akan datang. Jika kerajaan yang sedia ada sememangnya bersih dari korupsi pilihanraya, maka mengapa perlu takut dengan tuntutan rakyat Malaysia ini. Saya memuji kerajaan Malaysia yang telah membenarkan BERSIH 3.0 Malaysia dijalankan dengan jaminan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Saya secara peribadi tanpa melibatkan komuniti SUARA sangat kesal atas tindakan TYT Dato Duta yang tidak professional dalam isu BERSIH 3.0 sepertimana pimpinan kita di Malaysia sekarang. Saya menyarankan agar semua rakyat Malaysia di Mesir agar bangkit dan tunjukkan sokongan anda terhadap BERSIH 3.0 dengan apa jua cara sekalipun. Kempen di media elektronik, memakai sebarang pakaian dan eksesori bewarna kuning, mengantung kain rentang di premis masing-masing adalah tindakan terbaik tanpa perlu kepada penganjuran himpunan BERSIH 3.0 secara besar-besaran oleh mana-mana pihak. Anda perlu bertindak jika anda adalah rakyat yang sayangkan negara Malaysia.

Di kesempatan ini, saya ingin menyeret isu halangan kedutaan dari penganjuran sebarang aktiviti di dataran Hayyu Asyir, Madinat Nasr dengan alasan mendapat rungutan penduduk tempatan. Saya sangat kesal apabila TYT Dato Duta sekali lagi tidak terlus apabila tidak memberi maklumat tepat berkenaan aduan dan rungutan tersebut. Siapakah mereka, di mana kediaman mereka? Jika aduan tersebut benar-benar dibuat, saya menggesa jasabaik pihak TYT Dato Duta agar menemukan pimpinan pelajar di Mesir bersama mereka agar perbincangan dapat dijalankan. Jika tidak, saya secara peribadi masih menganggap aduan tersebut hanyalah rekaan semata-mata demi menggagalkan sebarang program mahasiswa di dataran keramat Hayyu Asyir.

BERANI KERANA BENAR.

Fitri Nurul’Ain Nordin
Timbalan Presiden SUARA

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Berita, Info, Program. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s