SUARA anjur pertandingan futsal diambang BERSIH 3.0.-Setiausaha Agong SUARA.

Bertepatan dengan kenyataan Presiden Gerakan Suara Rakyat (SUARA) yang menyokong penganjuran BERSIH 3.0 pada 28 april ini, maka pihak SUARA sebulat suara bersetuju untuk menganjurkan pertandingan futsal sebagai respon diambang BERSIH 3.0 tidak lama lagi.

Pertandingan futsal ini akan diadakan pada hari rabu,18 April 2012 yang bertempat di Dataran Hayyu ‘Asyir. Program SUARA pada kali ini bagi menyokong penganjuran BERSIH 3.0 di tanah air diadakan lebih awal berikutan meraikan seluruh mahasiswa di bumi Mesir ini yang bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Pihak SUARA mengalu-alukan penyertaan daripada seluruh negeri dan cawangan untuk menyertai pertandingan futsal anjuran SUARA ini. Hadiah berupa hamper bagi pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga yang akan disampaikan oleh tetamu khas jemputan SUARA dari Malaysia. Selain kepada pemain yang digalakkan berbaju kuning,para penonton juga digalakkan berbaju kuning pada hari tersebut.

Kalian juga akan diberi kesempatan untuk bergambar bersama-sama dengan tetamu jemputan khas SUARA dari Malaysia sebagai menunjukkan kebersamaan mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir terhadap usaha BERSIH bagi memulihkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil. Berikut adalah tentatif program SUARA pada 18 April ini di Dataran Hayyu ‘Asyir :

04:00-06:00 PM : Pertandingan Futsal.

06:00-06:30 PM : Kedatangan mahasiswa & mahasiswi memenuhi dataran dengan simbol kuning (pakaian,sepanduk atau sebagainya).

06:30-07:00 PM : Solat maghrib berjemaah / Solat sunat hajat bersempena peperiksaan.

07:-00-08:00 PM : 1. Perasmian Kempen DUDUK STUDY BANTAH oleh Presiden SUARA

2. Ceramah Umum “Di Ambang BERSIH 3.0”.

Oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Imran Bin Selamat.

– Ketua Urusan Ulama Kawasan Gombak.
– Kolumnis Harakah.

PENTING!: PARA AKHWAT BOLEH DATANG SEBELUM WAKTU MAGRIB AGAR KITA SAMA-SAMA DAPAT MENUNAIKAN SOLAT MAGRIB DAN SOLAT HAJAT SECARA BERJEMAAH SEMPENA IMTIHAN.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Berita, Program. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s