PENDAFTARAN PEMILIH LUAR NEGARA

Sejak 23 Disember 2011, web rasmi SPR telah memaparkan artikel PENDAFTARAN PEMILIH LUAR NEGARA untuk perhatian semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Namun, seperti yang dinyatakan dalam post SUARA yang lalu, tiada sebarang pekeliling dikeluarkan dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik nampaknya masih belum bertindak.

Justeru, pihak SUARA rasa bertanggungjawab memanjangkan informasi tersebut bersumberkan web rasmi SPR.

SUARA sekali lagi agak kesal kerana isu ini dilambat-lambatkan sedangkan PRU ke13 dijangka akan berlangsung tidak lama lagi. Sekali lagi SUARA mendesak pihak berwajib untuk bertindak segera.

Kedutaan Malaysia Kaherah seharusnya mencontohi kedutaan-kedutaan Malaysia lain di seluruh dunia dalam menjayakan pendaftaran Pengundi Tidak Hadir ( PTH). Mereka bukan sekadar mempromosi PTH, bahkan turun ke kawasan pelajar untuk sesi pendaftaran. Mereka bukan menunggu pelajar datang untuk mendaftar, bahkan mereka membantu mendaftarkan mereka yang berkelayakan.

————————————————————————————————————————————————-


Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, memperuntukkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang berada di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH) .

Ia tertakluk kepada jika mereka adalah daripada kalangan berikut:

(a) penjawat awam  yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;

(b) pasangan kepada penjawat awam yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;

(c) pelajar yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak; atau

(d) pasangan kepada yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak.

Walau bagaimanapun bagi mana-mana warganegara Malaysia yang berada di luar negara tetapi tidak layak untuk mendaftar sebagai PTH masih boleh mendaftar sebagai pengundi biasa. Bagi tujuan membantu SPR dalam urusan pendaftaran pemilih di luar negara ini, SPR telah melantik Penolong Pendaftar Pemilih di semua pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. Semua warganegara Malaysia yang berada di luar negara yang hendak mendaftar sebagai PTH atau pengundi biasa boleh mengemukakan permohonan pendaftaran melalui Penolong Pendaftar Pemilih yang telah dilantik.Untuk memberi kemudahan pendaftaran kepada semua warganegara Malaysia di luar negara yang termasuk para pelajar yang tinggal jauh daripada pejabat perwakilan Malaysia untuk mendaftar sebagai pemilih, SPR menyediakan kemudahan untuk memuat turun  Borang A (Borang Pendaftaran Pemilih) dan  Lampiran Maklumat Tambahan (alamat dan status di luar negara) daripada laman web SPR.
Muat turun Borang_A_dan_Lampiran_Maklumat_Tambahan

Borang A dan Lampiran Maklumat ini hendaklah diisi dan disertakan dengan salinan MyKad atau salinan pasport antarabangsa dan salinan kad  pelajar dan dihantar kepada Penolong Pendaftar Pemilih ini melalui pos, faks atau e-mel kepada Penolong Pendaftar Pemilih di pejabat perwakilan yang berkenaan.

Penolong Pendaftar Pemilih yang telah menerima Borang A serta dokumen yang disertakan akan menghantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Setiausaha SPR
Sumber: web rasmi SPR

Last modified on Friday, 30 December 2011 21:25

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s