DAFTAR PENGUNDI : SUARA KESAL TINDAKAN KEDUTAAN

Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir atau PTH telah dibuka oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semenjak oktober 2011. Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan serta memenuhi syarat sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 2(e) dan 2 (f) peraturan-Peraturan Pilihan Raya 2002 (Pendaftaran Pemilih)  layak untuk mendaftar. Pengundi Tidak Hadir (PTH) adalah warganegara yang berumur 21 tahun ke atas yang dibenarkan mengundi secara Pos yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.

Oleh itu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah melantik pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta beberapa Pejabat lain seperti Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Pejabat Konsulat General, Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia, Pejabat Jabatan Penuntut di seluruh dunia sebagai penolong pendaftar pemilih bagi memudahkan urusan pendaftaran Pengundi Tidak Hadir bagi membantu SPR dalam mengemaskini daftar pemilih rakyat Malaysia di luar Negara.

Namun, apa yang dikesalkan adalah tindakan Kedutaan Malaysia Kaherah yang tidak serius dalam isu pendaftaran PTH  ini. Kedutaan hanya mengambil jalan mudah bermula Januari ini dengan sekadar memohon kepada pegawai-pegawai negeri untuk mengumpulkan maklumat pelajar yang berusia 21 tahun ke atas tanpa disertakan borong pendaftaran. Malah, sehingga kini Kedutaan Malaysia Kaherah tidak langsung mengeluarkan sebarang pekeliling untuk mempromosi pendaftaran PTH sepertimana yang dilakukan kebanyakan Pejabat-pejabat Kedutaan Malaysia di seluruh dunia menerusi laman web rasmi mereka  semenjak Oktober tahun lalu.

Justeru, Presiden SUARA,  saudara Mohd Firdaus Madzlan telah menghubungi pihak kedutaan untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai isu ini. Namun respon balas pihak berwajib agak mengecewakan. Pihak SUARA akan memanjangkan isu ini ke peringkat Malaysia andai ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk memanipulasi isu ini. Memandangkan undi adalah hak semua rakyat Malaysia, maka pihak Kedutaan Malayasia Kaherah yang telah diberi amanah seharusnya  lebih serius dan kompeten untuk meramaikan rakyat Malaysia di Mesir mendaftarkan diri sebagai pengundi tanpa memilih golongan-golongan tertentu sahaja. Mahasiswa juga harus diberi peluang yang sama dalam proses membina negara menerusi sistem demokrasi pilihanraya.

SUARA mengharapkan ribuan rakyat Malaysia di Mesir yang layak sebagai Pengundi Tidak Hadir Luar atau PTH dapat dipermudahkan urusan pendaftaran mereka.

*Ikuti sambungan laporan teperinci wartawan SUARA dalam post akan datang….

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s