Program SUARA bersama aktivis PAS

     Pada 23 Ogos 2011 bertempat di Musolla Darul Ehsan,Haiyyu Asyir,SUARA telah mengadakan program bersama  aktivis PAS.Seramai empat orang ahli panel iaituUstaz Husni bin Mat Zaim,Naib Ketua Pemuda PAS Shah Alam,Ustaz Norazly bin Musa,Exco Perak,Ustaz Ahmad Nazri bin Ahmad Nawi,Ketua Pemuda PAS Klang,Dr Syed Khalid,Exco PAPISMA.Ceramah dimulakan dengan kalam dari Ustaz Husni,dalam ucapan, beliau menerangkan sebab mahasiswa agama perlu memahami politik dan menyeru para agamawan terutama para azhariyyun untuk sama-sama terlibat aktif dalam perjuangan Islam kerana golongan ini lebih memahami Islam yang sebenar.Jangan para agamawan ini berfikiran takut untuk bergerak lantaran bimbang akan rezeki dan kerja. Dr Syed Khalid pula lebih menekankan berkenaan permasalahan sosial yang amat serius berlaku di bumi Malaysia kini, permasalahan lahirnya ramai anak luar nikah dan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang amat meruncing. Justeru,beliau mencabar para mahasiswa di Mesir ini untuk memandang serius isu ini,dan bertindak dengan sepatutnya sebagaimana yang digariskan oleh hukum Allah.

Ustaz Ahmad Nazri pula membentangkan isu-isu terkini yang melanda tanah air,ekoran dari itu,beliau mencetuskan rasa kepentingan keberadaan dalam jemaah Islam untuk menghapuskan segala bentuk kemungkaran. Manakala Ustaz Norazly yang juga dikenali sebagai “Taliban”,membuka bicaranya dengan menceritakan bagaimana keadaan umat Islam yang tidak mahu turut serta dalam gerakan Islam apatah lagi menjauhinya.

Program yang dihadiri seramai 100 orang itu,mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Timbalan Presiden SUARA dalam ucapannya yang bertenaga menyuntik semangat para mahasiwa agar sedar akan tanggungjawab serta tidak membiarkan diri diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak kerana mahasiswa punya integriti dan maruah yang tidak boleh di pandang sepi.Beliau juga menegaskan SUARA sesekali tidak akan berdiam diri tentang isu pembuangan Presiden SUARA saudara Mohd Firdaus dari Darul Ifta’,malahan pihak kami akan menuntut keadilan daripada pihak berwajib.

 

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita, Program. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s