Pra BERSIH 2.0 BERSAMA MAHASISWA/SISWI DI MESIR

2 JULAI 2011 | KAHERAH,MESIR:Gerakan Suara Rakyat (SUARA) telah mengadakan Pra BERSIH 2.0 di sekitar mesir meliputi kawasan yang menempatkan sebahagian besar mahasiswa/siswi yang menuntut ilmu dibumi mesir ini.

Antara muhafazah yang terlibat di dalam menjayakan kempen Pra BERSIH 2.0 ini adalah Kaherah, Zagzig, Mansurah dan Dumyat.Pra BERSIH 2.0 ini diadakan bertujuan sempena kempen Mari Berbaju KUNING pada 2hb JULAI sebagai tanda sokongan terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9hb JULAI 2011 nanti.

Di dalam kempen Pra BERSIH 2.0 ini, Gerakan Suara Rakyat (SUARA) telah mengedarkan risalah penerangan berkaitan tuntutan BERSIH 2.0 serta penerangan berkaitan mengapa perlu diadakan perhimpunan BERSIH ini.Sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan mahasiwa/siswi sempena kempen Pra BERSIH 2.0 ini menggambarkan betapa rakyat malaysia yang berada di mesir ini terutamanya mahasiswa/siswi menuntut supaya perlaksanaan pilihanraya perlulah lebih bersih dan adil serta telus dari sudut perlaksanaannya.

Dengan kempen yang diadakan ini, pihak SUARA mengharapkan supaya kefahaman yang lebih jelas dapat disampaikan kepada seluruh rakyat malaysia yang ada di mesir ini terutamanya dari kalangan mahasiswa/siswi berkaitan dengan mengapa perlunya tuntutan BERSIH 2.0 ini dilaksanakan dan apakah hak kita selaku rakyat malaysia dalam menyatakan pandangan, pendapat dan kehendak.

Untuk maklumat lanjut layari facebook page Bersih 2.0 Mesir (S.U.A.R.A)

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s