Mesej perutusan daripada Presiden SUARA

PresidenSUARA

Presiden Gerakan Suara Rakyat (SUARA), Ustaz Farhan Madzlan

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Dari Muhammad utusan Allah ditujukan kepada Hercules pembesar Empayar Rom. Salam sejahtera buat mereka yang sentiasa mengikuti kebenaran. Sesungguhnya aku menyerumu untuk memeluk Islam. Masuklah Islam semoga kamu akan tenteram. Masuklah Islam nescaya Allah akan menganugerahkan kepadamu dua pahala sekaligus. Jika kamu menolak dari ajakan yang mulia ini, maka kamu akan menanggung dosa yang teramat besar. Allah Taala berfirman;

“Wahai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, iaitu kita tidak akan sembah melainkan Allah dan kita tidak akan menyekutukan-Nya dengan sesuatupun dan tidak pula sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling (tidak mahu menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu, bahawa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepada Islam (Allah)”. – Surah al Imran:64, al Quranul Karim  (Berdasarkan teks perutusan Rasulullah SAW kepada Hercules)

Salam perjuangan kepada semua rakyat malaysia di perlembahan Nil ini dan juga yang memberi sokongan dari luar mesir.

Menyorot erti sirah perjuangan yang ditinggalkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya, kita dapat membayangkan bagaimana tulen dan sucinya perjuangan dan pengorbanan mereka. Jerihan mereka membolehkan kita memperolehi nikmat yang paling berharga iaitu Islam. Namun, nikmat ini makin dipinggirkan oleh manusia yang sering alpa dan lemah. Bukan sahaja tidak mampu menongkah arus gelojak nafsu namun terus tertinggal dalam perebutan tempat mereka yang beriman.

Alhamdulillah dengan izin Allah, dapat juga hasrat saya bersama dengan para sahabat yang berkeinginan menanamkan kefahaman politik Islam yang jelas, berjaya SUARA diasaskan. Keizinan pernaungan di bawah YB Dato Hasan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor memberikan signal yang jelas persetujuan menyampaikan faham Siyasah Syariyyah kepada masyarakat pelajar di Mesir yang selama ini sangat ditagih.

First project SUARA berjaya dalam masa sama ada beberapa teknikal dan prosuder yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan. Namun berjaya dilaksanakan dengan cukup baik. Alhamdulillah. Dan pada 29 hb oktober 2009, kita berjaya dengan projek kedua SUARA dengan mengadakan Program Ramah Mesra bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Alhamdulillah ia mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia di Mesir.

Kita bersyukur urusannya berjalan begitu lancar, dibantu dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Selangor dan Kedutaaan Besar Malaysia di Kaherah yang mengizinkan SUARA untuk menjalankan aktiviti di Dataran milik bersama di Haiyu 10. Alhamdulillah masih wujud sebenarnya nilaian demokrasi pada rakyat dan pemerintahan Malaysia.

|SUARA adalah PMRAM? SUARA agen ISMA?

Kita tiada kaitan dengan persatuan atau kelab di Mesir. Berdiri pada kaki sendiri dengan membawa misi dan visi yang cukup berbeza dari persatuan dan kelab di Mesir. Jika ia ada persamaan ianya adalah suatu yang kebetulan dan persamaan inilah membuat kita hidup dan terus berjuang sekaligus melupakan persengketaan, permusuhan, dendam dan dengki.

PMRAM adalah persatuan yang saya hormati sepertimana persatuan-persatuan lain yang wujud di Mesir. Saya juga sampai di saat ini masih lagi menjadi ahli bagi persatuan ini, tidak meminta atau diminta untuk dilucutkan keahlian. Saya hormati persatuan ini kerana berjaya mentarbiyyah saya dengan usrah dan aktiviti islamic dan profesional.

Namun begitu, PMRAM pada kaca mata saya ianya hanya sekadar persatuan Islam dari aspek pendidikan, kebajikan dan tidak lebih dari itu. Membincangkan dan menerangkan Islam dan isinya, tapi tindakannya terpulang kepada ahli samada rela atau tidak melaksanakannya. Sebab itulah, tidak mustahil ada juga ahli PMRAM yang sanggup menjadi tali barut ‘mereka’ yang meletak agama di bawah injakan mereka. Berapa ramai ahli PMRAM yang balik, gagal berfungsi dengan baik, bahkan gagal membawa diri sebagai model Azhari yang kemas dari sudut pentarbiyahannya. Krisis aqidah, jenayah, sosial dan sebagainya makin bertambah dan parah, walaupun bilangan graduan makin meningkat saban tahun.

SUARA datang tanpa membuka keahlian pada peringkat ini sebagai langkah untuk tidak bertembung dengan mana-mana pihak, bersikap lebih tolenransi dan proaktif berusaha menerangkan politik Islam yang lebih bermakna. Politik yang tunjangnya dari akar aqidah, tarbiyyah dan syariah. Yang mana kita melihat PMRAM tidak mampu melakukan lebih dari itu, sesuai dengan dasarnya sebagai persatuan non partism dan anti perpecahan. Mungkin kerana kekurangan inilah, persatuan dan kelab lain wujud mencuri peluang yang ditinggalkan oleh PMRAM seperti Nadi UMNO, Muntada Islam Hadhari, ABIM cawangan Mesir, ISMA dan sebagainya.

Namun, tiada erti perpecahan dan pertembungan bagi SUARA. SUARA melihat kita perlu lebih toleransi dan berdaya saing. Membawa idea yang lebih jelas dari dakwaan fitnah yang tidak berasas. Jika berani, jangan bersembunyi. Dan jika benar, jangan takut untuk terus membawa misi yang mulia ini.

Ahli kelab UMNO, ABIM, ISMA, PMRAM merupakan sasaran SUARA. SUARA perlu lebih dinamik dan inovasi dalam percubaan ini supaya tiada pun yang ketinggalan atau disisihkan dari mendapat penerangan ilmu politik Islam dan kepentingannya. Itulah sikap SUARA kepada semua pihak di sini. Eratkan ukhuwah, mantapkan iman, asahkan pemikiran.

|Islam sebagai dasar

Kita akan dapat hidup aman, tenteram dan harmoni jika kita tidak diancam dengan kezaliman, pecah amanah dan penipuan. Keharmonian ini kadang-kadang disalahertikan oleh beberapa pihak dengan membawa perpaduan retorik sebagai dasar perjuangan mereka.

Saya terfikir sejenak kenapa mereka tidak berfikir mengikut kaca mata syariat dengan hamparan ayat al Quran dan hadis yang begitu banyak menceritakan perpaduan yang dasarnya keimanan.

Saya masih lagi teringat sewaktu mendengar ceramah Ust Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, apabila beliau didatangi oleh seorang tua yang menceritakan perihal menantunya yang baik, yang dengar cakap, masuk pejabat tepat masa, tak ponteng kerja. Namun begitu, beliau mengatakan tidak cukup untuk baik dalam dunia ini kalau tiada imannya. Memang dia baik, kerja tidak ponteng, dengar cakap dan sebagainya tapi baiknya tak cukup baik jika dia tinggal solat, tidak tutup aurat dan sebagainya. Tiada kebaikan melainkan dengan wujud nilaian keimanan.

Kerajaan Pakatan Rakyat dan Kerajaan Barisan Nasional sudah pasti mendapat signal ini daripada masyarakat. Masyarakat yang dahagakan keharmonian dan ketenteraman. Keharmonian, keimanan dan ketenteraman rohani menjadi fitrah manusia yang terus ditagih. Berusahalah melakukan dasar dan perlaksanaan terbaik untuk terus dipilih serta dijadikan inspirasi oleh rakyat jelata. Jika tersalah langkah, buruk padahnya. Jika langkah itu disantun dengan baik, tidak mustahil ia akan terus diberi mandat.

|Perjuangan perlu diteruskan

Jangan takut, jangan sedih, sesungguhnya Allah taala bersama dengan kita. Teruskan perjuangan kalian dalam menuntut ilmu di persada nil ini. Jangan biarkan orang-orang di luar sana mentertawakan kita. Tambahkan ilmu kita, asah bakat kita, lihat potensi kita, kita mampu menjadi tunjang Islam bersama.

SUARA terus bersama kalian dan akan terus bersama sampai takdirnya ditentukan olehNYA. Berikan teguran dan nasihat supaya perjuangan ini terus mekar dan kukuh dari rahangan musuh yang dengki dengan ukhuwah dan perjuangan ini.

Sekian.

” Membentuk Minda Ke Arah Politik Islam Yang Sempurna”

Assalamualaikum W.B.T

Mohd Farhan Madzlan
Presiden,
Gerakan Suara Rakyat (SUARA)

MUAT TURUN PERUTUSAN

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Artikel, Suara Rakyat. Bookmark the permalink.

6 Responses to Mesej perutusan daripada Presiden SUARA

  1. Salam buat abang long. Alf Mabruk. Tahniah atas penubuhan SUARA. Semoga ALLAH mudahkan segala. Dan moga keyakinan Azhari utk berhadapan dengan PUAK² pencetus maksiat di malaysia akan bertambah demi martabat agama ajaran Nabi MUHAMMAD S.A.W utusan NYA. Sokongan dan doa akan tetap abadan ma’akum. Islam’s always the only way of FREEDOM. Kejayaan hanya dengan ikut perintah ALLAH dan ajaran nabi. Jayo Long! Jayoo!! ALLAHUAKBAR!!!

  2. Habib Albi says:

    Assalamualaikum… Tahniah kpd presiden SUARA dan AJK SUARA kerana sanggup untuk sanggup jadikan diri anda semua sebagai galang ganti kepada politik Islam yang sebenar di Mesir ini.. Semoga thabat dalam perjuangan.. Allahuakbar…

  3. ctnyer says:

    assalamualaikum…bestnyer kt mesir ad pertubuhan cm nie.harap2 SUARA juga dapat bertapak di bumi Moscow bagi menggetarkan hati2 pemuda pemudi kt sini.

  4. abu asma' abu khalil says:

    assalamualaikum..tahniah dan syabas di atas usaha murni SUARA dalam usaha menyatukan suara anak2 malaysia di Mesir..inilah y dinanti2kan oleh semua pihak khasnya smua persatuan yg wujud di Mesir sana..diharapkan agar mereka semua dapat bersatu di atas KALIMAH YANG SATU iaitu tauhidul aqidah , tauhidul ibadah , tauhidul fikrah dan tauhidul amal..semoga kalian dan kita semua dicucuri rahmat inayah dari ALlah swt, amin..

  5. dzar says:

    Assalamualaikum…………….kepada semua para sahabat di mesir,sesungguhnya kebenaran itu akan muncul juga…….insyallah.teruskan perjuangan.

  6. assalamualaikum…..salam perjuangan kpd presiden n ajk SUARA…ana kagum dgn apa yg dilakukn oleh SUARA dlm mgndalikan program bru2 ni…ana doakn agar SUARA akn trus brpijak d bumi Mesir ini n thabat dlm prjuangan ini…..ana sntiasa mnyokong Suara dlm mngembalikn smangat plajar2 kt mesir ini apabila mereka pulang k tanah air nanti terus mereka PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) ALLAHUAKBAR….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s