Majlis Ramah Mesra bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Logo Gerakan Suara Rakyat

Berani & Benar | Gerakan Suara Rakyat

Alhamdulillah, pada tanggal 29 Oktober 2009 Gerakan Suara Rakyat (SUARA) telahpun menjayakan sebuah lagi program pengetahuan am kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di Mesir. Harapan SUARA bukanlah untuk berkempen bagi  memenangi mana-mana parti yang wujud di tanahair, tetapi jauh di sudut hati ini adalah untuk menyedarkan mahasiswa dan mahasiswi al Azhar supaya menjadi individu yang berprinsip serta amanah kepada ilmu, tidak statik dan hipokrit. Itulah antara kata-kata yang sering disebut oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Ramah Mesra anjuran SUARA dengan kerjasama Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar yang dihadiri ribuan siswazah al Azhar mahupun Perubatan. Tidak terkecuali juga, dua orang lagi tokoh politik yang disegani turut menjayakan majlis tersebut ialah Ustaz Dr.Badrul Amin dan juga YB. Saifuddin Nasution. Pihak SUARA ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penderma, semoga sumbangan yang telah diberikan mendapat ganjaran daripada Allah Taala.  Pihak SUARA juga ingin menegaskan kepada seluruh penuntut di Perlembahan Nil ini agar bersikap lebih terbuka, bertoleransi serta meninggalkan tabiat fitnah-memfitnah sebagaimana fenomena mahasiswa Mesir pra-matang yang dapat kita saksikan pada hari ini.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Majlis Ramah Mesra bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijalankan.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Gambar, Info, Program, Suara Rakyat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s