PAS sebagai kerajaan menunggu – Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Menurut Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ‘Parti PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi ‘kerajaan yang ditunggu’. Ini kerana perkembangan politik yang berlaku pada hari ini di Malaysia sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita.

Tambahnya lagi, keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan kaedah Islam sebagai pilihan terbaik menangani krisis ini.

“Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ia mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-13 yang bertemakan “Berubah Untuk Kemenangan Islam” di Markas Tarbiah PAS Kubang Lembik, Manir.Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Harun Taib dan pengarah ijtimak, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO kini semakin hampir kepada zaman kejatuhan sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya.

Beliau mengambil contoh Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana UMNO dan BN di Malaysia.

“Golongan yang jatuh itu akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat. Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan yang ditunggu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa.

“Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya; pertama, adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi? Adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah? dan yang terakhir, adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawan?

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang, persoalan-persoalan itu memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya.

“Ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan. Kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri”, tegasnya.

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s