Kita bukan Ulama’ rubberstamp – Ustaz Hj. Taib Azamuddin

Ustaz Taib

YB. Ustaz Hj. Taib Azamuddin, Ahli Jawatankuasa Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat

Tanggal 11 Oktober 2009, Ceramah Perdana Mengenai Isu Tanahair telah berjaya diadakan oleh Gerakan Suara Rakyat. Alhamdulillah program ini berjaya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada mahasiswa-mahasiswi di bumi Mesir ini yang masih punya hati dan perasaan senstiviti terhadap agama. Dua orang penceramah undangan yang mengisi pada program tersebut ialah Ustaz Fauzan b Madzlan dan juga mantan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Hj.Taib Azamuddin.

Secara umumnya dua orang tokoh ini telah menceritakan peranan mahasiswa dan juga mahasiswi dalam membentuk sebuah negara Islam di Malaysia. Mereka turut menyatakan kekesalan di sini ialah sebahagian mahasiswa yang tidak menunaikan amanah ilmu, tidak menghargai pengorbanan ibu dan ayah untuk memastikan anaknya yang bakal pulang nanti menjadi benteng kepada kesucian Islam dan syariatnya. Di tambah pula dengan isu-isu tanahair yang kian meruncing, sekolah agama makin terhimpit, masyarakat semakin terpesong dari Islam yang sahih. Kerana itu, para panelis sering mengingatkan kepada kita agar sentiasa memohon petunjuk kepada Allah supaya ilmu yang bakal kita perolehi di Perlembahan Nil ini bermanfaat. Panelis turut mengingatkan bahawa generasi agamawan mesti menyedari realiti sebenar agar kita tidak dipergunakan oleh musuh-musuh Islam. Kejayaan British bukanlah mengekalkan perundangan kuasanya di tanah air sahaja, tetapi kejayaannya yang terbesar ialah selepas kepulangan ‘mereka’, mereka berjaya merekrut pelapis-pelapis Melayu kepada ‘suara’ penjajah.

Ustaz Hj.Taib Azamuddin yang juga merupakan mantan Imam Besar Masjid Negara telah mengungkapkan kalimah yang cukup berharga kepada kita, “Bukan sengaja saya masuk ‘parti’ tetapi adalah kerana misi yang besar, misi mempertahankan agama Allah ini. Supaya Islam itu dijulang tinggi dan masyarakat terpimpin dengan Islam”.

‘Kita sebagai golongan agamawan jangan meletakkan diri kita sebagai ulama’ rubberstamp. Apa manfaatnya anda dibawa ke sini untuk belajar ilmu agama, tetapi tidak boleh membina fikrah Islam dengan baik dan sebaliknya menjadi fikrah sekular’, tegas Ustaz Taib Azamuddin.

Katanya lagi, ‘Tanggungjawab kita adalah mempertahankan agama, bukannya mempertahankan Melayu atau apa-apa perkara yang bersifat perkauman. Umat Melayu, Allah telah beri kerajaan Melayu Aceh, Fatani, Champa (Kemboja) dan pusatnya termasuk dalam kerajaan Vietnam yang terkenal dengan kezaliman Pol pot. Kerajaan Melaka pula, sekarang di mana pergi kemelayuan mereka? Wal hal di Melaka banyak kota-kota yang dibangunkan adalah kebanggaan Portugis. Allah memberi amaran sekiranya Islam tidak dijadikan perundangan kehidupan, nescaya Allah akan tukar dengan kaum yang lain, yang lebih berhak memerintah daripada kamu. Jika kita tidak dapat melaksanakan amanah ini, jawablah nanti di hadapan Allah’.

Di akhir ceramah, Ustaz Hj. Taib Azamuddin menyatakan tiga tanggungjawab besar yang seharusnya digalas buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi Mesir.

Pertama; Memastikan ketinggian Islam dan kekuasaan Islam dapat direalisasikan. Maka, untuk kita merealisasikan cita-cita ini tidak boleh tidak perlulah dengan kekuasaan. Perjuangan generasi-generasi murobitun sebelum ini mesti disambung oleh generasi-generasi selepasnya. Cabaran tentunya akan datang, tetapi atasinya dengan penuh pengharapan kepada Allah Taala. Kita tidak sewajarnya berpeluk tubuh, berpuas hati dengan pencapaian nilai-nilai Islam yang berada di Malaysia sekarang. Kedua; Bertanggungjawab untuk menempa kaedah umum Islam kepada realiti kehidupan agar ia terlaksana. Ketiga; Memperbaiki negara Malaysia sebagai sebuah negara yang dapat menerima kewujudan umat Islam majoriti, bukannya sebagai kaum minoriti. Masalah yang berlaku di Malaysia ialah meletakkan umat Islam sebagai bangsa minoriti sekalipun negaranya kerapkali diisytihar sebagai negara Islam. – suaraonline

About suaraonline

Gerakan SUARA Rakyat
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s